• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Naza Lancar Hot-Hatch Edisi Khas, Suzuki Swift Sport Silver Edition (2023), 140hp, 230Nm!

Naza Lancar Hot-Hatch Edisi Khas, Suzuki Swift Sport Silver Edition (2023), 140hp, 230Nm!

October 27, 2023 By Azhan O 1 Comment

FacebookTwitter


SERENTAK pembukaan bilik pameran 3S pertama di Johor, Naza Eastern Motors (Naza Eastern) memperkenalkan Suzuki Swift Sport Silver Edition dalam barisan model Suzuki Cars Malaysia yang didatangkan terhad dan khas untuk pasaran tempatan.

Naza Eastern mengambil pendekatan memperkenalkan model khas menguntungkan yang selaras trend industri automotif.

suzuki-swift-sport-2023-21
suzuki-swift-sport-2023-22

Suzuki Swift Sport Silver Edition didatangkan dari Jepun sebagai model import (CBU) dengan penampilan luaran slik dalam warna Premium Metallic Silver.

Model edisi khas ini dikuasakan enjin 1.4L BOOSTERJET yang dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dengan fungsi pedal syif yang memberikan output kuasa 140hp dan tork 230Nm @ 2,500rpm.

Model hatchback ini dibina berasaskan platform generasi termaju, HEARTECT yang menitikberatkan aspek keselamatan menerusi rigiditi struktur bawah badan  diperkuat untuk pemanduan tangkas dan mencabar.

Rekabentuk luaran mengekalkan rupa Swift Sport dengan gril sarang lebah (honeycomb) besar dan tambahan aksen merah berserta bonet hitam dan dekal sisi. Sosok atletik dibezakan menerusi pilar dengan hendal pintu belakang invisibel, spoiler belakang dan cermin sisi dalam kemasang gentian karbon.

Muncung ekzos gentian karbon Akrapovic ditambah untuk meningkatkan rupa agresif belakang. Rupa dalaman meneruskan elemen sporty dengan aksen gentian karbon pada panel instrumen, suis penyaman udara dan trim pintu.

Unit infotainment Soundstrem 10 inci dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay dinaik taraf untuk memberikan lebih ketenangan memandu.

Suzuki Swift Sport Silver Edition menawarkan pengalaman pemanduan dinamik dan mengujakan dengan berat kerb dikurangkan  hingga 80kg berbanding model terdahulu.

Berat badan ringan itu memberikan pengalaman pemanduan tangkas dan lincah yang menepati karakter sebuah hot-hatch. Nisbah berat kepada tork kira-kira 4.2kg/Nm meletakkan model ini sebagai pencabar hebat dalam segmen hot-hatch.

Suzuki Swift Sport Silver Edition dijual pasa harga RM145,900, tidak termasuk insurans.

Pelancaran model edisi khas serentak dengan Pusat 3S Johor Bahru itu menandakan permulaan signifikan komitmen Naza dalam memberikan produk dan servis Suzuki yang berkualiti kepada pelanggan berpotensi dan sedia ada di Johor.

suzuki-swift-sport-2023-1
suzuki-swift-sport-2023-2
suzuki-swift-sport-2023-3
suzuki-swift-sport-2023-4
suzuki-swift-sport-2023-5
suzuki-swift-sport-2023-6
suzuki-swift-sport-2023-7
suzuki-swift-sport-2023-8
suzuki-swift-sport-2023-9
suzuki-swift-sport-2023-10
suzuki-swift-sport-2023-11
suzuki-swift-sport-2023-12
suzuki-swift-sport-2023-13
suzuki-swift-sport-2023-14
suzuki-swift-sport-2023-15
suzuki-swift-sport-2023-16
suzuki-swift-sport-2023-17
suzuki-swift-sport-2023-18
suzuki-swift-sport-2023-19
suzuki-swift-sport-2023-20
suzuki-swift-sport-2023-21
suzuki-swift-sport-2023-22

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hot-hatch, Naza Eastern Motors, Roda4, Suzuki Cars Malaysia, Suzuki Swift Sport Silver Edition (2023)

Comments

  1. stml says

    October 28, 2023 at 12:39 AM

    Baik jual manual daripada semua model baru ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev