Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Naza Kia Lancar Seltos di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM115k
Roda4

Naza Kia Lancar Seltos di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM115k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Seltos
kali pertama  ditayangkan kepada media pada September lalu. Terbaharu, model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu akhirnya rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Kehadiran Seltos memberikan pilihan tambahan kepada pengguna yang mahukan SUV segmen-B bergaya boxy selain Honda HR-V, Mazda CX-3, dan Renault Captur. Sebagai makluman, Kia masih lagi di bawah pengurusan Naza. Bagaimanapun, jenama Peugeot sudah di bawah pengurusan baharu, Berjaya Auto Alliance.

Berikut beberapa fakta mengenai Kia Seltos spesifikasi Malaysia:

  • Model import (CBU) yang dibawa masuk dari India.
  • Ditawarkan dalam dua varia pada harga seperti berikut:
    • Seltos EX – RM115,888
    • Seltos GT Line – RM133,888
  • Dijana enjin 4-silinder aspirasi natural (NA) 1.6L Gamma MPI berkuasa 121hp@ 6,300rpm dan tork 151Nm @ 4,850rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Ada tiga mod pemanduan: Sport, Eco dan Normal.

Luaran

  • Rupa depan Seltos lebih sofistikated dan boxy berbanding gaya ringkas SUV Kia lain.
  • Identiti hidung harimau (tiger nose) kekal menjadi signatur kebanggaan Kia. Bahagian belakang juga sama, Kia bermain dengan permukaan beralun dan berlekuk.
  • Keseluruhan Seltos seakan mengimbau semula populariti jip lasak suatu masa dulu. Selain berpenampilan lasak, SUV ini siap dilengkapi komponen moden dan premium seperti teknologi LED untuk lampu depan dan belakang. Kemasan perak pada bampar dan bonet memberikan aura premium.
  • GT Line dibezakan dengan gril kemasan krom dengan lampu siang (DRL), skid plat depan dan belakang lebih menyerlah, frem tingkap krom, dwi-ekzos palsu dan aksen merah pada luaran badan.
  • Varian premium itu menawarkan ciri LED penuh untuk lampu utama, lampu kabus dan lampu belakang dengan ciri LED menggantikan item halogen pada EX. Juga ditambah rim aloi 17 inci dwi-tona dengan hab merah.
  • Kapasiti but belakang 433 liter. Boleh boleh diluaskan kepada 900 liter dengan melibat kerusi belakang 60:40.

Kabin

  • Papan pemuka dilengkapi kluster instrumen analog dan unit infotainment skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada sistem ambien Sound Mood dengan lapan warna pilihan dan empat tema mengikut rentak muzik daripada enam pembesar suara.
  • Varian EX didatangkan dengan bentuk stereng rata, kemasan hitam berkilat dan kerusi kulit upholsteri hitam
  • GT Line dibezakan menerusi lencana GT pada stereng, penyandar kerusi dengan sulaman benang merah dan pedal aloi.

CIRI SERBA LENGKAP

  • Ciri standard diberikan ialah rel bumbung, penghidup tanpa kunci (keyless), punat tekan-mula (push-tart), paparan multi-info 3.5 inci, kawalan jelajah, sensor undur dan kamera undur.
  • GT Line menerima skrin paparan multi-info 7 inci, paparan dongak (HUD, kerusi depan ventilasi boleh laras 8-tetapan, kawalan suhu dwi-zon, pengecas telefon wayarles Qi dan sensor parkir depan.
  • Ciri keselamatan pula dilengkapkan 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Mula Daki (HSA) dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.

BACA >>> Kia Bakal Perkenal Satu Lagi SUV Baharu Lebih Kompak Selepas Seltos
BACA >>> Kia Seltos – SUV Segmen-B untuk Peminat Gaya Boxy

Kia Seltos

 

autoterkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia Seltos Naza Kia Malaysia SUV segmen-B
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.