Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»NAZA Italia Lancar Model Hibrid Ferrari SF90 Spider, Harga RM2j!
Roda4

NAZA Italia Lancar Model Hibrid Ferrari SF90 Spider, Harga RM2j!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Italia memperkenalkan supercar hibrid SF90 Spider ke pasaran tempatan pada harga asas RM2.088 juta (tidak termasuk duti import, pakej kustom, cukai dan insurans).

SF90 Spider juga ialah model hibrid pertama Ferrari dengan bumbung keras boleh buka (RHT) yang menerima pelbagai pembaharuan dan inovasi termaju.

BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

Berikut perincian SF90 Spider:

TRENKUASA

  • Dijana trenkuasa hibrid dengan artitektur plug-in, terdiri daripada enjin pembakaran dalaman V8 turbo 3,990cc yang dipadankan tiga unit motor (dua unit pada gandar depan dan satu di belakang).
  • Enjin pembakaran dalaman menghasilkan kuasa 769hp @ 7,500rpm dan tork 800Nm @ 6,000rpm. Kombinasi enjin konvensional dan motor elektrik memberikan kuasa maksimum mencecah 986hp dengan kelajuan maksimum 340kmj.
  • Motor elektrik (eDrive) menghasilkan output maksimum 162kW. Ada dua motor elektrik beroperasi secara bebas, iaitu di gandar depan, dan satu lagi di belakang, dipanggil MGUK (Motor Generator Unit, Kinetic), terletak antara enjin dan kotak gear.
  • Sistem transmisi jenis dual klac (DCT) 8-kelajuan FI dengan E-diff dan sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Enjin V8 model ini adalah paling berkuasa dihasilkan Ferrari, yang menjana tambahan 59hp berbanding enjin V8 sebelum ini. Pecutan 0-100kmj dicapai sepantas 2.5 saat, dan 0-200kmj dalam masa 7 saat.
  • Sistem ambilan udara dan ekzoz direka semula dengan komponen pengecas turbo diposisikan lebih rendah, manakala paip ekzos ditinggikan untuk meningkatkan pusat graviti serta mengurangkan berat menerusi manifold ekzos aloi super Inconel berbanding keluli.
  • Kotak gear direka semula dan kini 10kg lebih ringan dengan menggunakan klac kering kompak yang 20 peratus lebih kecil, tetapi 35 peratus lebih berprestasi berbanding model terdahulu.

MOD PEMANDUAN

Ada empat mod pemanduan ditawarkan iaitu:

  • eDrive: ICE dimatikan dan daya pergerakan sepenuhnya bergantung kepada motor elektrik gandar depan. Setiap kali bateri dicas penuh, kereta ini dapat dipandu hingga 25km, sesuai untuk pemanduan dalam bandar dan luar bandar. Halaju dihadkan kepada 135kmj.
  • Hybrid: Tetapan ini memaksimumkan kecekapan menyeluruh trenkuasa. Sistem kawalan komputer autonomi akan menentukan sama ada ICE bergerak aktif atau dimatikan. Aliran kuasa motor elektrik pula dihadkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  • Performance: Mod ini memastikan ICE terus berfungsi kerana memberi keutamaan untuk mengecas bateri hibrid berbanding aspek kecekapan. Ini memberi kuasa sepenuhnya kepada pemandu.
  • Qualify: Sistem kereta dibenarkan mencapai kuasa maksimum dengan mengerahkan motor elektrik berfungsi pada tahap sebenar (162kW). Kotak komputer mengutamakan aspek prestasi berbanding mengecas semula bateri.

BACA >>> #RetroAuto: Ferrari Pernah Hasilkan Superbike Sebagai Tribut untuk Pengasasnya

REKABENTUK DAN BUMBUNG

Ferrari SF90 Spider (2021)
  • Bumbung RHT boleh dibuka dalam masa 14 saat ketika kereta sedang bergerak dengan ruang simpanan lebih kompak, cuma 100 liter berbanding sistem tradisional (150-200 liter)
  • Bumbung dibuat daripada aluminium dan hampir 40kg lebih ringan berbanding RHT konvensional.
  • Rekabentuk keseluruhan meminjam gaya sebenar SF90 Stradale, tetapi ada sedikit pembaharuan pada aspek bumbung dan dimensi.
  • Lampu utama LED matriks tipis disepadukan dengan ambilan udara bentuk C.

KABIN

  • Ada kluster instrumen digital definisi tinggi (HD) 16 inci dalam bentuk melengkung dengan tetapan paparan boleh ubah . Juga disediakan sistem navigasi baharu dan paparan dongak (HUD).
  • Ada pilihan pakej Asseto Fiorano untuk kabin gaya sport, membabitkan komponen gentian karbon pada panel pintu dan beberapa bahagian lain seperti stereng. Stereng juga ada pad sentuh dan pelbagai butang sentuh.

BACA >>> Ferrari Hibrid Pertama, SF90 Stradale Kini di Malaysia, Harga RM1.9 Juta

DINAMIK KENDERAAN

Arkitektur hibrid melibatkan kombinasi tugas bersepadu dengan pelbagai logik kawalan, terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu:

  • Kawalan sistem voltan tinggi (bateri, RAC-e, MGUK, inverter)
  • Enjin dan kawalan kotak gear
  • Kawalan dinamik kenderaan (traksi, pembrekan, pemvektoran tork)

Kombinasi bahagian utama seperti disebut di atas dengan logik kawalan kenderaan sedia ada mewujudkan sistem kawalan kenderaan dipanggil Kawalan Gelincir Sisi Elektronik (electronic Side Slip Control, eSSC) baharu.

Ciri eSSC ini terdiri daripada tiga regulasi dinamik inovatif dan strategi agihan tork enjin pada keempat-empat roda seperti berikut:

  • Kawalan Traksi Elektrik (eTC): Menguruskan tork untuk enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik sebelum diagihkan ke setiap roda supaya dapat disesuaikan dengan kondisi pemanduan dan keperluan cengkaman.
  • Pemvektoran Tork: Ada pada gandar depan untuk mengawal traksi elektrik pada roda luar dan dalam ketika membelok bagi memaksimumkan traksi ketika keluar selekoh, selain membantu menjadikan pemanduan lebih mudah, meyakinkan, dan berprestasi tinggi.
  • Kawalan Brake-by-Wire dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) / Agihan Brek Elektronik (EBD): Membolehkan tork brek diagihkan antara sistem hidraulik dan motor elektrik yang membolehkan pemulihan regeneratif di bawah pembrekan dilakukan untuk meningkatkan prestasi dan fiil brek.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

SERVIS 7 TAHUN

Setiap pembelian SF90 Spider dipakejkan bersama program penyenggaraan tujuh tahun, yang turut ditawarkan kepada semua barisan model Ferrari. Servis istimewa ini juga ditawarkan kepada pembeli Ferrari terpakai.

Penyenggaraan berkala itu terdiri melibatkan jarak pemanduan 20,000km, atau sekali setahun tanpa had perbatuan, alat ganti asli dan pemeriksaan rapi dilakukan staf terlatih dari Pusat Latihan Ferrari di Maranello dengan menggunakan alatan diagnostik termoden.

Servis disediakan di semua pasaran dunia, dan semua rangkaian pengedar rasmi Ferrari.

BACA >>> Selepas SUV, Ferrari Uji Pula Hypercar Hibrid Terbaharu
BACA >>> 14 Fakta Pantas: Ferrari Roma Kini di Malaysia, Harga Mula RM968k
BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Enjin V6 ‘Paling Jahat’ Pernah Dihasilkan

Ferrari hibrid Ferrari Malaysia Ferrari SF90 Spider Naza Italia Roda4 Supercar Supercar Hibrid
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.