Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Naza Eastern Lancar Suzuki Jimny 5-Pintu untuk Pasaran Malaysia, Harga RM199,950
Roda4

Naza Eastern Lancar Suzuki Jimny 5-Pintu untuk Pasaran Malaysia, Harga RM199,950

Han OthmanBy Han Othman31/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Eastern Motors (Naza Eastern) hari ini melancarkan Suzuki Jimny 5-pintu untuk pasaran Malaysia pada harga RM199,950, bertempat di Sentul Depoh, Kuala Lumpur.

Ada lima warna pilihan ditawarkan: Sizzling Red Metallic+Bluish Black Pearl (merah+hitam), Bluish Black Pearl (hitam), Granite Gray Metallic (kelabu), Jungle Green (hijau) dan Chiffon Ivory Metallic+Bluish Black Pearl (kuning gading+hitam).

Berikut spesifikasi kenderaan utiliti sukan (SUV) off-road ini:

  • Dimensi panjang 3,822mm, lebar 1,645mm dan tinggi 1,720mm, manakala jarak roda 2,590mm.
  • Jarak tinggi bumi 210mm.
  • Dijana enjin K15B petrol 1.5L dengan sistem suntikan multipoin (MPI) dan teknologi henti-mula lahu (ISS) yang dipadankan sistem ALLGRIP PRO 4WD baharu.
  • Sistem ALLGRIP PRO 4WD dengan gear pindah julat-rendah  menawarkan keupayaan off-road ekstrem yang membolehkan anjakan gear daripada pacuan dua-roda 2H kepada pacuan empat roda 4H dilakukan secara pantas (drive on fly).
  • Ciri ini memberikan kebolehsuaian terbaik ketika meredah permukaan jalan mencabar. Caranya adalah semudah menukar mod 4L ketika terkandas, sekali gus memberikan SUV ini keupayaan mendaki permukaan off-road yang sukar ditawan.

  • Output kuasa 100hp @ 6,000rpm dan tork 130Nm @ 4,000rpm.
  • Kelajuan maksium 140kmj.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas7.2 saat.
  • Radius pusingan 5.7 meter.
  • Transmisi automatik 4-kelajuan dengan mod gear rendah 2WD dan 4WD (2H, 4H dan 4L).
  • Sistem suspensi gandar rigid 3-pautan dengan spring koil (depan), dan gandar rigid 3-pautan dengan spring koil (belakang).
  • Kapasiti tangki petrol 40 liter.
  • Berat kerb: 1,200kg.
  • Kapasiti but 211 liter, dan 332 liter (kerusi belakang dilipat)

Luaran

  • Lampu utama projektor LED automatik dengan pencuci
  • Lampu kabus halogen
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar 195/80.
  • Sistem brek caker di depan dabn brek dram (belakang).
  • Tayar ganti disangkut belakang pintu but.

Dalaman

  • Stereng kulit dengan kawalan audio dan kawalan jelajah.
  • Lampu kabin.
  • Kerusi fabrik.
  • Penyaman udara automatik dengan pemanas.
  • Kluster instrumen analog dengan indikator pengingat tali keledar (depan dan belakang), pintu buka, dan minyak kurang.
  • Unit infotainment 9 inci dengan konektiviti Bluetooth, jam digital dan kamera pandang belakang.

Ciri Keselamatan

  • 6 beg udara SRS.
  • Sistem Brek Anti- Kunci (ABS).
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP) dengan sensor Daya-G.
  • Kawalan Pegun Bukit (HHC).
  • Kawalan Turun Bukit (HDC).
  • Bantuan Brek (BA).
  • Tali keledar ELR 3-poin dengan prategang dan pengehad daya di depan, dan pengehad daya (belakang).
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
  • Sistem rilis pedal dengan mekanisme nyah ganding pedal brek dan klac jika berlaku perlanggaran.
  • Sensor parkir belakang.
  • Immobiliser.
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Naza Eastern Motors Roda4 Suzuki Jimny 5-pintu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

24/03/2026
Auto Terkini

Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

24/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

By Han Othman06/02/20192
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

By Shazwan Hisam15/10/2025
Autotainment

Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

By ZY22/07/201914
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.