• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nasim Labur RM5 Juta Demi Kepuasan Pelanggan - Bangun Pusat Servis Teknikal & Baik Pulih Peugeot

Nasim Labur RM5 Juta Demi Kepuasan Pelanggan - Bangun Pusat Servis Teknikal & Baik Pulih Peugeot

May 3, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Pusat Teknikal PeugeotDALAM usaha memberikan perkhidmatan lebih baik buat pelanggan, Nasim Sdn Bhd melabur sebanyak RM5 juta bagi pembangunan Pusat Sevis Teknikal, Membaik Pulih dan Mengecat.

Tidak setakat itu, Nasim turut menyediakan Khidmat Bantuan Jalan Raya secara percuma selama tiga tahun bagi pemilik kenderaan Peugeot.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza Automotif, Datuk Samson Anand George berkata, pelaburan sebanyak RM5 juta itu diperuntukkan bagi menyelesaikan masalah dan memberikan perkhidmatan lebih baik buat semua pelanggannya.

Tambah Samson, pelaburan ini juga menunjukkan komitmen kami terhadap pelanggan dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik buat mereka.

Nasim Labur RM5 juta Demi Kepuasan PelangganPusat Servis Teknikal yang terletak di Glenmarie itu dibina atas tapak berkeluasan 19,000 kaki persegi.

Dengan kos pelaburan RM2.5 juta, ia menyediakan 10 ruang penyenggaraan yang dikendalikan 17 juruteknik terlatih dan mampu menyediakan perkhidmatan pembaikan dan diagnostik.

Manakala pusat baik pulih dan cat pula terletak di Puchong. Dengan kos pelaburan sebanyak RM2 juta, ia memiliki 16 ruang dan mampu membaiki dan mengecat sehingga 80 unit kenderaan dalam tempoh sehari.

Nasim Labur RM5 juta Demi Kepuasan PelangganBagi perkhidmatan Bantuan Jalan Raya 24 jam pula disediakan buat semua pemilik kenderaan Peugeot yang memerlukan bantuan termasuk tunda kereta. Jika mahu perkhidmatan ini, pemilik kenderaan boleh hubungi talian bebas tol di 1-800-88-6292.

Maklumat lanjut, layari www.peugeot.com.my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Samson Anand George, Nasim Labur RM5 juta Demi Kepuasan Pelanggan, Nasim Sdn Bhd, Naza, Peugeot, Pusat Teknikal Peugeot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev