• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naik Hummer Limousine Pusing Stadium Bayar RM30 Sahaja

Naik Hummer Limousine Pusing Stadium Bayar RM30 Sahaja

April 1, 2022 By Farah Leave a Comment

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik kepada orang ramai, terutama warga Johor yang mahu merasai pengalaman menaiki kereta mewah.

Terbaharu, pihak Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, Johor Bharu menawarkan tarikan baharu kepada pengunjung di situ dengan menawarkan perkhidmatan JDT Hummer Tour bermula hari ini.

BACA >>> #BikinKereta: Limosin Terpanjang Dunia Kini Lebih Panjang, Siap Ada 'Helipad'!

Pengalaman jelajah menaiki limosin mewah itu akan beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Dalam perkongsian Facebook Johor Southern Tiket, harga tiket menaiki JDT Hummer cuma RM30 yang boleh didapati di kaunter tiket SSI. Pengunjung akan berpeluang menyaksikan luaran stadium ikonik itu selama 10 minit, dan buat masa ini terdapat dua unit limosin Hummer disediakan kepada orang ramai.

Selain itu, pengunjung SSI juga boleh melakukan jelajah stadium untuk menyaksikan suasana sebalik tabir stadium dan menikmati juadah di restoran yang sudahpun dibuka.

Pada 2016, media melaporkan skuad Harimau Selatan menerima Hummer Limousin dihadiahkan pemilik kelab itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana berjaya menjuarai Liga Super buat kali ketiga berturut-turut. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan limosin itu ialah kenderaan sama yang dihadiahkan TMJ.

BACA>>> Aston Martin Bakal Hasilkan Kereta Edisi Terhad JDT Edition
BACA>>> Sultan Johor Hadiahkan X70, Myvi kepada 'Frontliner' Hospital Sultanah Aminah

277789416_2254677728028847_6612709573275555824_n
277740012_2254677881362165_6684303119013991455_n
277726102_2254677821362171_4325918714886753134_n
277725274_2254677754695511_5411581087853907440_n

Related

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hummer, Hummer Limousine, JDT, JDT Hummer Tour, limosin, Limosin Hummer, Sultan Johor, TMJ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev