Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Naik ETS 218 Kali Sepanjang 2021 Menang Hadiah Penumpang Setia KTMB
Auto Terkini

Naik ETS 218 Kali Sepanjang 2021 Menang Hadiah Penumpang Setia KTMB

Han OthmanBy Han Othman26/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TIGA penumpang setia perkhidmatan tren elektrik (ETS) membawa pulang hadiah berupa kommputer riba dan barangan daripada Railboutique KTMB berjumlah keseluruhan RM10,000.

Ketiga-tiga penumpang bertuah itu hadira dalam Majlis Meraikan Penumpang Setia ETS anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen KL Sentral, kelmarin (24 Disember) yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin.

Beliau berkata;

Majlis ini adalah untuk menghargai penumpang setia ETS yang sentiasa menjadi pendokong perkhidmatan kami bagi tujuan bekerja, pulang ke kampung mahu pun melancong.

“Kami berharap program sebegini akan dapat menarik lebih ramai lagi untuk menggunakan perkhidmatan ETS yang menawarkan keselesaan, keselamatan, menjimatkan masa dan paling penting tambang yang berpatutan.

Menurutnya, kriteria penumpang bertuah diambil kira berdasarkan laluan popular yang berdaftar dengan KITS dan membuat pembelian tiket dewasa.

Salah seorang pemenang tidak menyangka menjadi penumpang bertuah tersebut. Menariknya, tahun ini saja rekod KTMB mendapati dia menaiki tren ETS dari Ipoh ke KL Sentral sebanyak 218 kali.

Majlis seumpama itu bakal diadakan setiap tahun sebagai usaha KTMB menarik minat orang ramai menaiki tren ETS dan menjadikan ia pilihan pengangkutan utama.

Selain program tersebut, KTMB juga menjalankan program penumpang bertuah setiap minggu selama 54 minggu bagi menghargai penumpang ETS yang mana pemenang akan memenangi hadiah berupa hamper barangan Railboutique KTMB, baucar KTM Wallet dan baucar makan di bistro ETS.

KTMB turut memberikan tawaran ‘Promosi Kaw Kaw’ setiap 28hb sepanjang 2022 yang membolehkan pengguna menikmati diskaun perjalanan hingga 50 peratus ke mana-mana destinasi dipilih.

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan Malaysia memilih KTMB sebagai Platinum Land Transport pada acara Kuala Lumpur International Logistics and Transport Excellence Awards (KiLAT), 21 Disember lalu.

Auto Terkini Keretapi Tanah Melayu Berhad Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KTMB Kuala Lumpur International Logistics and Transport Excellence Awards (KiLAT) Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

10/04/2026
Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

09/04/2026
Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
Auto Terkini

MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

10/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.