Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nah, 11 Foto Honda Wave 125i (2019)! Kemas Kini Laman Web Mungkin Tahun Depan Kot
Auto Terkini

Nah, 11 Foto Honda Wave 125i (2019)! Kemas Kini Laman Web Mungkin Tahun Depan Kot

AryonBy Aryon22/11/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOON Siew Honda (BSH) pada 19 November lalu baru saja melancarkan Wave 125i (2019) serba baharu menerusi kenyataan media yang turut dimuat naik dalam laman web rasmi wakil pengedar itu. Mungkin sebab bukan model flagship, atau ‘model serba baharu’ dalam erti kata sebenar, maka promosi dan berita yang diuar-uarkan dibuat ala kadar saja.

BACA >>> Honda Wave 125i (2019) Serba Baharu Kini Lebih Murah, Harga Bermula RM5.9k Sahaja!

Foto yang diberikan bersama kenyataan media cuma pandangan dari depan, manakala produk di laman web langsung tidak dikemas kini, masih lagi memaparkan Wave 125i versi lama. Jauh sangat kalau nak dibandingkan di Indonesia atau Thailand, termasuk Vietnam sekalipun. Di sana, kemas kini laman web biasanya dibuat serentak pada hari pelancaran, ataupun foto rasmi didedahkan lebih awal sebelum sesuatu model baharu hendak dilancarkan.

MASALAH PENGELUAR MOTOSIKAL MALAYSIA

Ini bukan saja memudahkan pihak media membuat hebahan umum, malah memudahkan pembeli membuat survei dan menilai produk ditawarkan. Bayangkan selepas kami memuat naik berita tentang Wave 125i (2019) serba baharu, ramai pembaca bertanya tentang rupa belakang kapcai tersebut yang tidak dapat kami kongsikan. Ye lah, itu saja gambar yang BSH bagi. Hmm…

Sebenarnya, ini bukan masalah BSH saja, tetapi boleh dikatakan kebanyakan pengeluar motosikal di Malaysia pun berperangai sama. Bab online memang ke laut perginya. Entahlah sama ada mereka betul-betul hendak meniaga motor, ataupun hendak meniaga ikan.

Mujurlah ada pembaca spy sudi berkongsi gambar Wave 125i (2019) yang sempat dia ambil di sebuah kedai motor, nun jauh di Johor sana. Sekarang barulah kita semua dapat menatap setiap sudut kapcai tersebut. Kalau nak harap gambar dalam laman web, mungkin tahun depan gamaknya baru BSH hendak kemas kini.

Jangan le marah, enjoy dulu naa!

KREDIT FOTO: Mohd Adib
* Foto diambil dari Kedai Motor Kien Seng Motor Trading Sdn Bhd, Johor Bahru

GALERI
Boon Siew Honda (BSH) BSH Foto Honda Wave 125i (2019) Honda Honda Wave Honda Wave (2019) Kapcai Moped roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026

1 Comment

  1. Min on 22/11/2018 02:37

    Apasal lah Honda tak buat wave 125 dgn engine 4valve kan ke bagus

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.