Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»myTukar Dijenama Semula kepada Carro
Auto Terkini

myTukar Dijenama Semula kepada Carro

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MYTUKAR menjalani fasa penjenamaan semula kepada Carro dalamm usaha memperkenalkan lebih banyak teknologi canggih, produk dan perkhidmatan kepada pengguna tempatan.

Proses penjenamaan semula itu dijangka mengambil masa beberapa bulan yang akan menyaksikan transformasi rangkaian produk dan perkhidmatan myTukar, bahan pemasaran dan papan tanda fizikal kepada Carro.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Carro, Aaron Tan berkata;

Usaha menjenamakan semula myTukar menandakan kejayaan besar dalam penyepaduan jenama kami dan kami lebih bersemangat untuk terus mencapai semua matlamat seterusnya dalam pelan hala tuju kami.

“Kami mencapai keuntungan sebagai sebuah kumpulan syarikat and bersedia untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO) bagi menyenaraikan syarikat kami sebaik saja mendapat peluang melakukannya.”

Aaron Tan

APA ITU CARRO?

  • Carro ialah platform kereta terpakai atas talian terbesar dan paling menguntungkan di Asean.
  • Beroperasi di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun dan Taiwan.
  • Syarikat pemula dari Singapura itu berada di landasan tepat untuk mencapai EBITDA TK2024 terbaik setakat ini, iaitu hampir AS$40 juta (RM187.4 juta).
  • Jumlah itu lebih 10 kali ganda daripada apa dicapai untuk keseluruhan tahun kewangan 2023.

INI CERITA MYTUKAR

  • myTukar ditubuhkan pada 2017 di lot kedai Glenmarie pada 2017.
  • Mencatatkan pencapaian mengagumkan termasuk suntikan pelaburan AS$30 juta (RM140 juta) daripada Carro.
  • Menjadi jenama pantas berkembang dalam ekosistem kereta terpakai atas talian pertama dan terbesar di Malaysia.
  • Menawarkan perkhidmatan jual beli, insurans, pembiayaan dan selepas jualan kenderaan terpakai.
  • Memiliki 11 pusat jualan, 27 pusat pemeriksaan, lima bengkel dan dua pusat baik pulih kenderaan.
  • myTukar memulakan fasa pertama penjenamaan semula pada Jun 2022 menerusi penukaran penampilan korporat dengan beralih daripada skema warna biru kehijauan dan kelabu kepada Jingga.
Fong Hon Sum
Derrick Eng

Pengasas myTukar dan CEO Pasaran Antarabangsa Carro, Fong Hon Sum berkata;

Saya sentiasa mempunyai impian dan bermatlamat mentransformasikan industri kereta terpakai dan menitikberatkan proses telus serta jujur demi manfaat pelanggan.

“Hari ini, saya sangat berbesar hati mengumumkan bahawa kami sudah mencapai impian dan matlamat tersebut, malah lebih daripada itu.

“Pertumbuhan hebat myTukar tidak mungkin mampu dikecapi tanpa mereka yang percaya pada impian dan matlamat kami, serta semua kerja keras yang dilakukan untuk mencapainya.”

CEO Carro Malaysia, Derrick Eng berkata;

Sebagai sebahagian jenama global, fokus utama kami adalah memacu pertumbuhan mampan untuk Kumpulan sambil terus menyediakan kereta terpakai berkualiti ‘Sebaik yang Baharu’ kepada rakyat Malaysia. Saya teruja untuk mengukuhkan Carro sebagai sebuah jenama di negara ini.”

Fong Hon Sum
Derrick Eng
Aaron Tan carro Derrick Eng Fong Hon Sum MyTukar platform kenderaan terpakai
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.