Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta Dragster 800 RR America (2019) – Tribut Istimewa untuk S America 750
Roda2

MV Agusta Dragster 800 RR America (2019) – Tribut Istimewa untuk S America 750

AryonBy Aryon08/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS baru saja melancarkan model edisi khas, F4 Claudio Castiglioni Edition dan Brutale Series Oro, MV Agusta menambah satu lagi jentera edisi terhad, Dragster 800 RR America.

Tanda nama ‘America’ diilhamkan sempena sejarah 1975 apabila MV Agusta memohon menggunakan nama itu untuk S America 750. Ia kemudian disusuli 3 versi Brutale America. Paling terkini ialah model yang diperkenalkan tahun lalu. Kini skema warna klasik, iaitu merah, putih dan biru mula menular kepada model Dragster, hasil sentuhan pasukan di Pusat Kajian Castiglioni di San Marino.

BACA >>> MV Agusta Brutale 800 RR America (2018), Siri Edisi Terhad dengan Warna Ikonik

Tidak seperti model khas lain, Dragster 800 RR America tidak akan menerima sebarang modifikasi prestasi. Skema warna retro ilham retro itu nampak cukup hebat dengan Dragster, dengan aksen merah, putih dan biru pada tangki petrol yang digabungkan bersama logo MV Agusta, dan bintang di atasnya, sama seperti S America 750 asli (foto bawah)!


Pelana merah terang dikemaskan dengan sulaman benang emas. Paip ekzos emas dan hitam di belakang menyerlahkan kemasan yang cukup halus. Malah, roda turut membawa tema Amerika dengan hab biru, jejari merah dan rim putih. Fender depan tertera logo MV Agusta, dan dekal ‘America Special Edition’ menghiasi radiator dan kluster tolok, dengan nombor pengeluaran bersiri yang cuma 200 unit sahaja dihasilkan.

Tidak semua motosikal edisi khas mendapat talaan prestasi untuk meningkatkan kuasa kuda dan kelajuan maksimum, Dragster 800 RR America ialah salah satu daripada model tersebut dengan kuasa yang masih dikekalkan pada 140hp @ 12,300rpm dan tork 87Nm @ 10,100rpm daripada enjin 4 lejang 3-silinder 798cc DOHC dengan transmisi klac basah 6-kelajuan.

Pasti berbaloi untuk mereka yang cintakan Amerika!

BACA >>> MV Agusta F4 Claudio Castiglioni – Edisi Khas Terakhir untuk Superbike Tidak Sah Emisi

GALERI

SUMBER: MVAgusta

MV Agusta MV Agusta Dragster 800 RR America MV Agusta S America 750 roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.