Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta Brutale Serie Oro 2026 Serba Baharu dengan Enjin 950 EVO, 300 Unit Sahaja!
Roda2

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026 Serba Baharu dengan Enjin 950 EVO, 300 Unit Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata13/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026

MV AGUSTA memperkenalkan sebuah lagi objek seni – Brutale Serie Oro 2026 serba baharu, yang direka untuk meningkatkan piawaian dalam kategori streetfighter kelas pertengahan.

Pembangunan MV Agusta Brutale Serie Oro 2026 baharu ini dipacu falsafah produk diperbaharui, iaitu ‘Beyond Performance’ (Melangkaui Prestasi).

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026

Sebagai makluman, MV Agusta bukan lagi di bawah KTM, tetapi kini dimiliki Art of Mobility dengan Luca Martin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta Motor S.p.A.

Bagi MV Agusta, nilai sesebuah motosikal tidak hanya diukur melalui kuasa, masa pusingan atau harga, tetapi melalui pengalaman menunggang yang lengkap dan menyeluruh.

Empat Teras Pembangunan Utama

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026

Falsafah Beyond Performance bertujuan mencipta jentera yang bukan saja berprestasi unggul, tetapi membuatkan penunggang rasa luar biasa, menyatukan estetika, dinamik, bunyi dan kawalan sebagai pengalaman yang sangat memuaskan.

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026 dibina berdasarkan empat tonggak utama, yang mencerminkan usaha MV Agusta mencapai kesempurnaan dalam setiap perincian:

  • Rekabentuk: Estetika yang berevolusi dan moden, tetapi tetap setia kepada rekabentuk Brutale ikonik yang menjadikannya simbol seni motosikal
  • Prestasi: Mencapai tahap baharu dengan angka kuasa terbaik dalam kelas
  • Kebolehtunggangan (Rideability): Diutamakan melalui ergonomi dioptimum, geometri casis yang ditakrif semula dan frem baharu.
  • Kebolehpercayaan (Reliability): Disoong protokol pengeluaran termaju, kawalan kualiti dipertingkat dan kini dilengkapi waranti kilang selama 5 tahun

Enjin 950 EVO

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026

Model itu dijana enjin 3-silinder 931cc sebagai evolusi daripada platform yang menguasai motosikal advencer Enduro Veloce, tetapi dipertingkat untuk memberikan lebih kuasa, tork dan kebolehtunggangan.

Ciri utama enjin 950 EVO:

  • Dilengkapi syaf putar songsang (counter-rotating shaft)
  • Kepala silinder direka semula sepenuhnya dengan litar penyejukan dioptimum
  • Menggunakan injap keluli diameter lebih besar dan port ambilan/ekzos yang direka semula
  • Ruang pembakaran dioptimum untuk kebolehpanduan lebih baik dan kestabilan pembakaran
  • Tempat duduk injap baharu yang lebih tahan haus dan agihan lengan pengikut jenis jari (finger-follower) dengan profil sesondol (cam) yang direka semula
  • Menghasilkan output kuasa 148hp @ 11,200rpm, dan tork 107Nm @ 8,400rpm
  • 85 peratus daya tork tersedia seawal 3,500rpm
  • Bahagian dalaman disemak semula, termasuk piston bridged-box yang baru direka, gasket kepala silinder dengan penahan tekanan pembakaran (fire-ring), dan sistem penyejukan minyak yang diolah semula untuk julat rpm diperluas
  • Klac antigelincir dan bantuan tork (slipper and torque-assisted clutch) baharu untuk mengurangkan daya tarikan tuil dan meningkatkan modulasi
  • Badan terotel elektronik penuh (full ride-by-wire) 50mm dengan injektor suapan atas (top-feed injectors)

Casis, Geometri: Kawalan Jitu

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026 menampilkan casis serba baharu, yang direka untuk mencapai keseimbangan ideal antara ketangkasan dan kestabilan.

  • Menggunakan frem keluli trelis yang digandingkan swingarm lebih panjang
  • Casis dipertingkat dengan ketegaran kilasan lebih tinggi dan berat dikurangkan
  • Jarak roda dan sudut condong casis (rake) diperluas untuk meningkatkan ketepatan dan kawalan
  • Swingarm dipanjangkan untuk mengoptimum geometri agihan beban, yang memastikan respons lebih lancar dan boleh diramal
  • Segi tiga ergonomik baharu dengan hendal direka semula dan peg kaki diposisi semula bagi menawarkan kedudukan menunggang yang natural dan dominan

Ergonomik, Rekabentuk

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026

Posisi tunggang MV Agusta Brutale Serie Oro 2026 ditakrif semula secara radikal untuk meningkatkan keselesaan tanpa mengorbankan ciri sporty.

  • Hendal dinaikkan dan digerakkan ke depan dengan cengkaman yang menampilkan sudut lebih luas dan lebih tinggi
  • Pelana dibentuk semula sepenuhnya, dibalut kemasan Alcantara merah premium
  • Pelana penunggang kini lebih lebar dan panjang, dengan lebih kusyen
  • Pelana pembonceng dilebarkan dengan pelapik lebih lembut
  • Peg kaki dinaikkan, digerakkan ke belakang, dan dilebarkan jarak untuk meningkatkan kelegaan tanah dan keselesaan lutut
  • Permukaan tangki diolah untuk sokongan sisi kaki lebih baik

Teknologi, Elektronik Canggih

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
  • Panel meter TFT 5 inci baharu dengan kontras lebih baik, dan grafik yang direka semula dan lebih banyak opsyen kustom
  • Kawalan hendal dengan antaramuka baharu lebih intuitif
  • Mod tunggangan lima mod: Rain, Urban, Sport, Race, dan Custom. Mod itu menentukur parameter seperti Sisterm Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi, Kawalan Angkat Depan (FLC), Respons Terotel dan Brek Enjin
  • Quickshifter memastikan anjakan gear lebih pantas, dan lancar dengan sensitiviti dan strategi penukaran dipertingkat
  • Sistem brek ABS Belok dikalibrasi semula dan kini menawarkan tiga mod dipertingkat dengan peningkatan sensitiviti
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
  • Pencahayaan sistem lampu depan belokan progresif (progressive bending headlight system) dengan lampu belok matriks (matrix cornering lights)
  • Konektiviti sistem GPS lokalisasi serba baharu dengan fungsi antikecurian, pengesanan kemalangan dan pagar geo (geofencing) yang disambungkan dengan aplikasi MV App yang dikemas kini

Komponen, Peralatan Premium

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
  • Sistem brek cakera kembar apung 320mm dengan kaliper Brembo Hypure dan silinder induk Brembo 17mm (depan), dan brek cakera 220mm dengan kaliper Brembo 2-piston 34mm (belakang)
  • Dilengkapi sistem ABS Belok 3-tetapan boleh laras
  • Sistem suspensi for terbalik (USD) Öhlins NIX 30 43 mm bersalut TiN jenis boleh laras penuh mampatan, lantunan dan prabeban spring (depan), dan monoshock Öhlins TTX 36 dwi-tiub dengan tabung piggyback luaran jenis boleh laras penuh (belakang)
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
  • Rim tempa ringan untuk mengurangkan jisim tanpa pegas (unsprung mass) dengan dibalut tayar Pirelli Diablo Rosso IV 120/70–17 (depan), dan 190/55–17 (belakang)
  • Ekzos slip-on Termignoni titanium yang dibangunkan eksklusif untuk MV Agusta
  • Komponen tambahan bateri litium ringan dan komponen gentian karbon seperti bahagian depan, kowl enjin, dan pelindung enjin

Eksklusiviti Serie Oro CTG

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026 ialah model edisi terhad dengan hanya 300 unit dihasilkan, dan pada harga £23,900 (RM129,890) di Britain.

Model itu ditawarkan dalam versi Serie Oro CTG dengan skema warna Pearl Red (merah) dan Silver Ago (perak) sempena meraikan warisan perlumbaan MV Agusta.

MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale Serie Oro 2026
MV Agusta Brutale MV Agusta Brutale Serie Oro MV Agusta Brutale Serie Oro 2026 roda2 streetfighter
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
Roda2

Triumph Street Triple 765 RX Tiba di Malaysia, Edisi Terhad, Dari RM81,100

19/02/2026
Roda2

Triumph Trident 800 Rasmi di Malaysia, Bermula RM53,900

19/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.