Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Musim F1 2026 Bermula Mac – Peraturan Baharu, 24 Perlumbaan & Era Tanpa DRS
Auto Terkini

Musim F1 2026 Bermula Mac – Peraturan Baharu, 24 Perlumbaan & Era Tanpa DRS

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam07/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

F1 GP Hungary 2025

SELEPAS bendera dikibarkan buat kali terakhir pada penutup musim Formula Satu (F1) 2025 di Abu Dhabi, tumpuan peminat sukan permotoran dunia pantas beralih kepada musim F1 2026. Musim baharu nanti bukan sekadar kesinambungan kalendar perlumbaan, tetapi menandakan permulaan era paling radikal dalam sejarah F1 moden.

Dengan pengenalan peraturan teknikal serba baharu, penambahan litar, dan perubahan besar pada rekabentuk jentera dan cara perlumbaan berlangsung, F1 2026 dijangka mengubah sepenuhnya hierarki pasukan. Berikut semua yang perlu anda tahu mengenai permulaan musim, perubahan peraturan dan apa yang menanti peminat F1.

Bila Musim F1 2026 Bermula, Berakhir?

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Musim F1 2026 akan bermula secara rasmi dengan Grand Prix (GP) Australia di Litar Albert Park, Melbourne, pada 8 Mac 2026, sekali gus mengekalkan Australia sebagai pembuka tirai musim. Perlumbaan itu dijadual berlangsung pada hujung minggu 6 hingga 8 Mac, menandakan permulaan kempen yang panjang dan padat.

Seperti musim terdahulu, tirai F1 2026 akan dilabuhkan di GP Abu Dhabi di Litar Yas Marina pada 6 Disember 2026. Secara keseluruhan, musim 2026 merangkumi 24 perlumbaan, antara kalendar paling sibuk dalam sejarah F1.

Revolusi Besar Peraturan F1 2026

Peraturan F1 2026 dianggap sebagai rombakan paling besar dalam tempoh 75 tahun sejarah F1, melibatkan perubahan menyeluruh pada casis, aerodinamik dan unit kuasa. Fokus utama Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) adalah menghasilkan jentera lebih ringan, lebih efisien dan mampu berlumba rapat tanpa terlalu bergantung bantuan aerodinamik.

Antara perubahan paling ketara adalah penghapusan sistem Sistem Pengurangan Seretan (DRS). Sebagai ganti, F1 akan memperkenalkan sayap boleh gerak baharu yang direka untuk membantu jentera mengekori rapat dan memudahkan aksi memotong secara natural, sesuatu yang lama diidam peminat.

Ujian Pra-Musim Lebih Panjang daripada Biasa

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Disebabkan perubahan teknikal besar, pasukan F1 diberikan lebih banyak masa pada ujian pra-musim berbanding kebiasaan. Ujian awal secara tertutup akan berlangsung di Circuit de Barcelona-Catalunya dari 26 – 30 Januari 2026, khusus untuk pasukan memahami asas jentera baharu.

Dua lagi sesi ujian rasmi akan diadakan di Litar Antarabangsa Bahrain, masing-masing pada 11 – 13 Februari dan 18 – 20 Februari 2026. Ujian itu dijangka menjadi petunjuk awal pasukan mana paling pantas menyesuaikan diri dengan peraturan baharu.

Madrid Sertai Kalendar, Imola Gugur

Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025

Musim F1 2026 turut menyaksikan kemunculan GP Madrid, yang akan berlangsung di ibu kota Sepanyol. Perlumbaan itu akan menjadi tambahan kepada GP Sepanyol sedia ada di Barcelona, sekali gus menjadikan Sepanyol satu-satunya negara Eropah dengan dua perlumbaan dalam kalendar F1.

Sebaliknya, GP Emilia Romagna di Imola digugurkan daripada kalendar F1 2026. Keputusan itu dibuat selari dengan strategi F1 untuk menembusi pasaran bandar utama dan memperluas tarikan global sukan tersebut.

Kalendar Lengkap F1 2026: 24 Perlumbaan

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Musim F1 2026 akan bermula di Australia pada Mac dan berakhir di Abu Dhabi pada Disember, merangkumi perlumbaan di Asia, Eropah, Amerika dan Timur Tengah. Antara perlumbaan ikonik yang kekal ialah Monaco, Silverstone, Spa-Francorchamps dan Monza, manakala litar moden seperti Las Vegas, Miami dan Qatar terus mengukuhkan kehadiran F1 di pasaran baharu.

Kehadiran dua perlumbaan di Sepanyol dan kesinambungan kalendar menuntut daya saing tinggi daripada pasukan dan pelumba, menjadikan musim 2026 antara paling mencabar dari segi fizikal dan logistik.

Perlumbaan Sprint Masih Diteruskan

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Format perlumbaan Sprint akan diteruskan dalam musim F1 2026 dengan enam pusingan dipilih. Antara paling mencuri tumpuan ialah GP Britain di Silverstone, yang kali terakhir menganjurkan Sprint pada 2021.

Lima lagi lokasi Sprint ialah China, Miami, Kanada, Belanda dan Singapura. Format itu terus digunakan sebagai usaha F1 meningkatkan aksi perlumbaan dan tarikan hujung minggu kepada penonton di litar dan siaran televisyen.

Barisan Pelumba, Era Baharu Pasukan

Musim 2026 juga menandakan landskap pasukan dan pelumba yang menarik, termasuk kemunculan Audi dan Cadillac sebagai pengeluar baharu. Beberapa nama besar seperti Lewis Hamilton bersama Ferrari, Max Verstappen di Red Bull, dan gabungan pelumba muda serta berpengalaman dijangka menjadi fokus utama.

Perubahan peraturan sering membuka peluang kejutan, dan F1 2026 berpotensi menyaksikan pasukan baharu mencabar dominasi tradisional. Bagi peminat, ini mungkin musim paling tidak dapat dijangka dalam era moden F1.

SUMBER: Crash.Net

Auto Terkini Formula One Kalendar F1 Revolusi Formula One
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Naik 60 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Naik 80 Sen

    12/03/2026
    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    12/03/2026
    Roda4

    Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    11/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.