Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»MUGEN Perkenal Pakej Group B Honda Civic Type R FL5
Aksesori

MUGEN Perkenal Pakej Group B Honda Civic Type R FL5

Abang HirataBy Abang Hirata29/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MUGEN perkenal pakej Group B untuk Honda Civic Type R FL5

MUGEN memperkenal koleksi aksesori prestasi terbaharu, Group B untuk Honda Civic Type R FL5, yang ditawarkan berperingkat bermula 30 Oktober 2025 hingga 2026.

Pakej itu dibangunkan khas untuk pemanduan litar dengan falsafah Extreme R, menjadikan setiap komponen berfungsi menyeluruh untuk meningkatkan prestasi aerodinamik dan dinamik kenderaan.

MUGEN perkenal pakej Group B untuk Honda Civic Type R FL5

Keseluruhan komponen MUGEN Group B dibangunkan melalui analisis kejuruteraan terperinci, pemilihan bahan teliti dan penilaian kualiti tanpa kompromi.

Hasilnya, pakej itu menyumbang kepada pengurangan berat sekitar 38kg, selain menghasilkan daya mendap (downforce) hampir tiga kali ganda berbanding Civic Type R standard.

Aerodinamik: Fokus Maksimum Daya Mendap, Kecekapan Aliran Udara

MUGEN perkenal pakej Group B untuk Honda Civic Type R FL5

Dari depan, MUGEN membangunkan spoiler bawah (lip) bampar depan gentian karbon yang bukan saja mengurangkan berat, tetapi turut memaksimum prestasi aerodinamik.

Ia dilengkapi saluran brek, saluran radiator dan panel bawah khas yang meningkatkan kecekapan penyejukan dan aliran udara.

Turut ditawarkan ialah bonet aero gentian karbon yang mengoptimum kedudukan saluran udara enjin untuk pelesapan haba lebih cekap.

MUGEN perkenal pakej Group B untuk Honda Civic Type R FL5

Fender aero depan gentian karbon menggantikan panel asal bagi pengurangan berat ketara dan keseimbangan visual dengan bonet.

Dari sisi, spoiler sisi gentian karbon berfungsi meningkatkan daya mendap sambil melengkapkan rekabentuk agresif keseluruhan, selari spoiler depan dan difuser belakang.

Bahagian belakang pula menerima difuser bampar belakang gentian karbon saiz besar, yang direka berdasarkan analisis aerodinamik bagi mengawal aliran udara dari bawah kenderaan dan meningkatkan daya mendap.

MUGEN perkenal pakej Group B untuk Honda Civic Type R FL5

Bukaan khas atas difuser membantu melepaskan udara terperangkap dalam bampar belakang, sekali gus mengurangkan rintangan angin.

Turut melengkapkan pakej itu ialah sayap belakang gentian karbon boleh laras dengan rekaan Gurney flap, dan spoiler bentuk ducktail, yang turut direka untuk mencapai imbangan daya mendap depan dan belakang ideal.

Komponen Prestasi: Ekzos, Brek dan Kemasan Enjin

MUGEN perkenal pakej Group B untuk Honda Civic Type R FL5

Bagi prestasi mekanikal, MUGEN menawarkan sistem ekzos titanium sport baharu dengan paip depan khas berdiameter lebih besar bagi meningkatkan tork pertengahan.

Gabungan bahan titanium dan keluli tahan karat membolehkan sistem ini mencatatkan pengurangan berat sekitar 8.75kg berbanding ekzos asal.

Sistem brek prestasi tinggi turut diperkenal, dibangunkan melalui ujian di litar antarabangsa dengan suhu rotor mencecah 900°C, yang memberikan kuasa membrek unggul dan fiil pedal lebih padu.

MUGEN perkenal pakej Group B untuk Honda Civic Type R FL5

Selain itu, penutup enjin dan penutup ruang enjin gentian karbon dengan elemen visual MUGEN turut ditawarkan bagi menyerlahkan karakter lumba dalam ruang enjin Civic Type R.

Semua produk MUGEN Group B dihasilkan dalam kuantiti terhad dan tempoh penghantaran mungkin mengambil masa bergantung permintaan.

MUGEN perkenal pakej Group B untuk Honda Civic Type R FL5

Senarai Komponen MUGEN Group B, Harga (Lumayan!)

  • Spoiler bawah bampar depan gentian kerbon: 1,500,000 yen (RM38,826)
  • Spolier sisi gentian karbon: 1,500,000 yen (RM38,826)
  • Difuser bampar belakang gentian karbon: 1,500,000 yen (RM38,826)
  • Bonet aero karbon: 1,200,000 yen (RM31,061)
  • Fender aero depan gentian karbon: 800,000 yen (RM20,707)
  • Sayap belakang gentian karbon: 1,000,000 yen (RM25,884)
  • Spoilet but gentian karbon: 200,000 yen (RM5,177)
  • Sistem ekzos titanium sport (set bampar OE): 800,000 yen (RM20,707)
  • Sistem ekzos titanium sport (ekzos MUGEN sahaja): 750,000 yen (RM19,413)
  • Sistem brek prestasi tinggi : 1,000,000 yen (RM25,884)
  • Penutup enjin gentian karbon dan Penutup kamber (set): ¥180,000 yen (RM4,659)
  • Penutup enjin gentian karbon: 150,000 yen (RM3,883)

Honda Honda Civic Honda Civic Type R Mugen
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Auto Terkini

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk Amerika Syarikat!

18/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.