• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MS-RT Transit Connect Launch Edition, Van Komersial Kustom Edisi Khas 30 Unit Sahaja

MS-RT Transit Connect Launch Edition, Van Komersial Kustom Edisi Khas 30 Unit Sahaja

May 10, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEGILAAN van komersial yang diubah suai memang melanda banyak negara dunia. Cuma cabaran perlu dihadapi peminat kenderaan ini ialah kekurangan komponen modifikasi yang dapat memenuhi selera pemiliknya.

Kebanyakan modifikasi, sama ada Jepun atau Thailand, ialah mengikut kreativiti pemilik kenderaan itu sendiri. Boleh jadi kurangnya penawaran aksesori dan komponen ubah suai disebabkan rata-rata pemilik van komersial terdiri daripada kalangan peniaga dan syarikat logistik yang tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian.

Bagaimanapun, potensi van komersial dipandang serius MS-RT dari Britain menerusi pengenalan MS-RT Transit Connect. MS-RT ialah syarikat kerjasama antara Van-Sport dan pelumba legenda, Malcolm Wilson yang terkenal dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) Ford.

BACA >>> Fakta Unik, Van Komersial Ford Transit Custom Jadi Kenderaan Kedua Terlaris di Britain

TRANSIT CONNECT YANG LEBIH SPORTY

Melalui kepakaran dan pengalaman dimiliki, MS-RT membangunkan semula Ford Transit Connect mengikut spesifikasi yang lebih sporty. Sebenarnya, ini bukan projek van komersial pertama MS-RT kerana pada 2018, syarikat ini sudah memperkenalkan MS-RT Transit Custom kepada umum.

Kit badan Transit Connect ini direka dan dikeluarkan sendiri MS-RT daripada kilang mereka di Wales, Britain. Kit gaya itu terdiri daripada bampar depan ala Ford Focus RS, gril, difuser depan, skirt sisi, bampar belakang, difuser belakang dan spoiler.

Selain gaya, MS-RT turut melengkapkan Transit Connect dengan dua unit ekzos kembar, rim aloi OZ 18 inci dan tayar Michelin. Bahagian dalam pula dipasangkan stereng sport dengan balutan kulit nappa dan suede. Pelanggan turut dihadiahkan beg berlogo yang mengandungi barangan khas untuk memastikan van dalam keadaan terbaik.

BACA >>> Ford dan VW Jalin Kerjasama, Bakal Bergabung Keluarkan Trak Pikap dan Van

DIIKTIRAF FORD, ADA JAMINAN PENGELUAR

Satu keistimewaan MS-RT, produk buatan syarikat ini direka bagi memenuhi kelulusan Pembikin Kenderaan Bertauliah (Qualified Vehicle Modifiers, QVM) atau Ford Qualified Modifier  yang menepati standard kualiti pengeluar itu. Van ini juga didatangkan dengan jaminan pengeluar.

Sebagai penghargaan, MS-RT terbaharu menawarkan 40 unit Transit Connect Launch Edition. Produk edisi terhad ini menampilkan warna Magnetic Grey (kelabu), rim aloi dinaik taraf, skema interior khas, pek pelekat grafik dan plak Limited Edition.

Jika terlepas Transit Connect Launch Edition, pembeli masih ditawarkan dengan pakej lain yang mengandungi naik taraf rim, set ekzos Maxhaust, muncung ekzos dan stereng gentian karbon penuh.

Harga MS-RT Transit Connect Launch Edition sama seperti biasa, £23,995 (RM129,600) untuk transmisi manual 6-kelajuan dan £24,995 (RM135,000) untuk transmisi automatik. Dengan pakej menarik begini, harapan kami, ada pengimport bebas yang membawa model ini masuk ke pasaran tempatan pada masa akan datang. Terus cuci tangan dan tidak perlu ubah suai apa-apa lagi.

BACA >>> Beli-Belah Atas Talian, Bisnes Van Komersial Mampu Jana Ekonomi Ratusan Bilion!

Artikel Berkaitan

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Transit Connect, Kenderaan Komersial, Malcolm Wilson, MS-RT, MS-RT Transit Connect, MS-RT Transit Connect Launch Edition, Van Komersial, Van-Sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my