Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MoU Baharu dengan Geely, Proton Bakal Masuk Pasaran dan Bina Kilang di China
Auto Terkini

MoU Baharu dengan Geely, Proton Bakal Masuk Pasaran dan Bina Kilang di China

Han OthmanBy Han Othman18/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

MoU Proton Geely 2018PROTON Holdings Berhad (Proton) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) hari ini menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan usahasama yang akan membuka jalan kepada Proton untuk memasang dan memasarkan kenderaan jenama itu di China.

Kedua-dua pengeluar memegang ekuiti sama dalam syarikat usahasama (JVC) baharu itu yang belum lagi diberikan nama.

DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) berkata, usahasama tersebut melibatkan penubuhan kilang pengeluaran di China yang akan memasang kenderaan, dan membangunkan rangkaian pengedar untuk memasarkan produk Proton di China.

BACA >>> Apa Geely Sudah Buat kepada Proton Sejak Jadi Rakan Strategik Asing?

Portfolio kereta untuk pasaran China tersebut akan dibina berasaskan platform Geely dengan rekabentuk luaran hasil sentuhan Proton sendiri. Bagaimanapun, mana-mana platform Proton yang sesuai boleh dibangunkan sebagai model unutk pasaran Negara Tembok Besar itu.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM yang juga Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal Albar berkata, kemasukan Geely’s sebagai rakan strategik membuka laluan mudah buat Proton untuk memasuki pasaran China.

“ Peranan Geely ialah memastikan kelulusan lesen pembuatan dan kawal selia yang diperlukan untuk usahasama di bawah undang-undang China. Geely juga akan mengenal pasti lokasi sesuai untuk membina kilangan pembuatan,” katanya. 

Syed Faisal berkata lagi, vendor komponen Proton sedia ada yang berkualiti dan kompetitif juga mungkin dipertimbangkan sebagai pembekal untuk syarikat JV, dan ini seleras dengan hasrat Kerajaan Malaysia yang mahu pembuat komponen buatan negara turut terlibat dalam pasaran China.

Buat masa ini, PanduLaju difahamkan kerjasama ini akan melibatkan model kenderaan elektrik sahaja dan ia akan dipasarkan untuk pasaran China. Sama ada ia bakal memasuki Malaysia atau tidak, kami masih belum menerima sebarang maklumat.

GEELY CATAT PERTUMBUHAN

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini menyuarakan rasa kesal berikutan kurang eksport kereta Malaysia ke pasaran serantau walaupun jenama China, Korea dan Jepun dengan mudah memasuki pasaran negara ini.

Jualan kereta penumpang di China mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sejak sedekad lalu. Pada 2008, 6.78 juta kenderaan penumpang dijual di China, dan meningkat lebih 24 juta pada 2017. Geely jelas sekali menjadi peneraju dalam sektor ini dengan menjadi pengeluar kereta milik persendirian pertama di China yang menjual lebih 1 juta unit kenderaan untuk pasaran domestik dalam masa setahun.

BACA >>> Rekabentuk Proton Akan Tampil Unik dan Berbeza daripada Geely – Peter Horbury

Pada 2017, lebih 1.24 juta junit terjual, meningkat 5.06 peratus, manakala dalam 6 bulan pertama 2018, Geely meraih jualan lebih 125,000 unit setiap bulan dengan model Boyue melepas aras 20,000 unit sebulan kecuali Januari tahun ini (30,000 unit). Kenderaan utiliti sukan (SUV) versi tempatan dijangka dilancarkan di Malaysia pada suku ketiga 2018, menjadikan ia satu-satunya SUV pertama Proton.

Sasaran awal Proton-Geely dalam usahasama baharu itu bagi separuh tahun pertama 2019 ialah mendapat kelulusan semua perundangan sebelum mengorak langkah lebih jauh.

Majlis tandatangan MoU disempurnakan antara Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Geely, An CongHui dan Syed Faisal. Ia turut disaksikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Duta China di Malaysia, Bai Tian dan Pengerusi Geely, Li Shufu.

GALERI

MoU Proton Geely 2018
Auto Terkini kereta elektrik proton memorandum persefahaman (MoU) Mou MoU Proton-Geely Proton PROTON Holdings Berhad proton masuk pasaran china Roda4 Zheliang Geely Holding Group
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.