Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Motosikal EV Konsep Skoda Slavia B Ambil Ilham Model Klasik 1899
Roda2

Motosikal EV Konsep Skoda Slavia B Ambil Ilham Model Klasik 1899

Abang HirataBy Abang Hirata16/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Motosikal Konsep Skoda Slavia B

SATU persamaan antara pengeluar kereta legasi ialah bermua dengan dua roda. Bermula dengan basikal dan kemudian beralih kepada motosikal sebelum membangunkan kereta sendiri.

Antara pengeluar dengan sejarah tersebut ialah Skoda Auto dari Republik Czech dengan model bersejarah – Slavia B yang dikeluarkan pada 1899.

Bangunkan Semula Model Ikonik

Motosikal Konsep Skoda Slavia B
Motosikal Konsep Skoda Slavia B

Skoda sudah lama terkenal dengan semangat rekabentuk selama 130 tahun. Bagi menonjolkan koleksi model klasik, Skoda membangunkan siri rekabentuk semula model ikonik seperti 200 RS, van 1203, Voiturette dan terkini, motosikal konsep Slavia B.

Model konsep Slavia B adalah paling berani setakat ini dan kali pertama menggunakan bahasa rekabentuk baharu Skoda, Modern Solid.

Skoda Slavia B Tampil Rekabentuk Berani

Motosikal Konsep Skoda Slavia B

Rekabentuk Skoda Slavia B menggabungkan minimalisme dan kekuatan yang menumpukan bentuk berani, garis bersih dan fungsi praktikal. Ini mencerminkan peralihan ke arah mobiliti elektrik, kelestarian dan digitalisasi.

Skoda Slavia B 1899
Skoda Slavia B 1899

Motosikal konsep itu mengambil ilham Slavia B asal yang dibina bawah jenama Laurin & Klement (L&K), iaitu syarikat yang kemudian menjadi Skoda Auto.

Motosikal ini sangat canggih pada zamannya dan berjaya mengukuhkan reputasi syarikat sebagai peneraju inovasi. Model terbaharu itu mengekalkan siluet frem asal, tetapi disesuaikan untuk era elektrik dengan ruang untuk enjin pembakaran kini terbuka dengan logo Skoda seakan terapung.

Garis menegak membahagikan bahagian depan dan belakang yang menonjolkan keseimbangan antara nostalgia dan inovasi.

Sentuhan Pereka Berjiwa Motosikal

Romain Bucaille - Pereka motosikal konsep Skoda Slavia B
Romain Bucaille - Pereka motosikal konsep Skoda Slavia B

Model konsep ini diterajui pereka Perancis, Romain Bucaille, yang biasa merekabentuk luaran model kereta Skoda.

Aku mahu kembali kepada akar jenama. Sebagai seseorang yang juga suka motosikal, ini cabaran kreatif yang menyegarkan.”

Rekabentuk bermula dengan lakaran tangan dan berkembang menjadi tiga lakaran digital sebelum versi akhir dipilih.

Skoda Slavia B dengan Gaya ‘Modern Solid’

Motosikal Konsep Skoda Slavia B

  • Menghormati kerja awal Vaclav Laurin dalam geometri dan kawalan motosikal.
  • Pelana minimal apung, beg alat kulit bersepadu ala model asal.
  • Tribut kepada Narcis Podsednicek, iaitu pelumba kilang yang menamatkan perlumbaan Paris-Berlin 1901 dengan menunggang Slavia B.
  • Rekabentuk cafe racer futuristik dalam gaya ‘Modern Solid’.
  • Kontur bersih, tepi tajam dan pencahayaan tersendiri.
  • Gabungan bentuk mudah dan butiran berfungsi sejajar falsafah rekabentuk Skoda.

Banyak Projek Klasik Bakal Muncul

Walaupun motosikal konsep ini tidak dihasilkan secara komersial, tetapi menjadi kenyataan visi masa depan Skoda yang berakar daripada sejarah dan kreativiti.

Dengan lebih banyak projek ikon klasik bakal menyusul, Skoda menunjukkan masa depan jenama itu terjalin erat dengan warisan lama.

Motosikal Konsep Skoda Slavia B
Motosikal Konsep Skoda Slavia B
Motosikal Konsep Skoda Slavia B
Motosikal Konsep Skoda Slavia B
Motosikal Konsep Skoda Slavia B
Romain Bucaille - Pereka motosikal konsep Skoda Slavia B
Romain Bucaille - Pereka motosikal konsep Skoda Slavia B
Romain Bucaille - Pereka motosikal konsep Skoda Slavia B
Skoda Slavia B 1899
Skoda Slavia B 1899
motosikal konsep roda2 ŠKODA ŠKODA Auto Škoda Slavia Škoda Slavia B
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.