Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Jorge Martin Jangka Ducati ‘Kembali Normal’, Mampu Bangkit Semula
MotoGP

#MotoGP2026: Jorge Martin Jangka Ducati ‘Kembali Normal’, Mampu Bangkit Semula

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BINTANG Aprilia Racing, Jorge Martin percaya Ducati Lenovo Team akan kembali mencabar kemenangan apabila MotoGP kembali ke Eropah untuk Grand Prix Sepanyol di Jerez hujung bulan ini.

Menurut juara dunia 2024 itu, perlumbaan di Jerez dijangka menjadi titik perubahan buat Ducati selepas permulaan musim 2026 yang agak sukar berbanding dominasi mereka tahun lalu.

Ducati Masih Mercari Rentak Musim Ini

Setakat tiga pusingan awal, pasukan itu dilihat sedikit ketinggalan di belakang Aprilia yang tampil lebih konsisten terutama pada perlumbaan hari Ahad.

Walaupun berjaya memenangi perlumbaan sprint di Brazil dan meraih beberapa podium sprint lain, Ducati hanya memiliki satu podium Grand Prix penuh, hasil tunggangan Fabio Di Giannantonio di Brazil.

Aprilia Dominan, Bezzecchi Raih Hatrik

Sebaliknya, Aprilia tampil cukup cemerlang apabila Marco Bezzecchi melengkapkan hatrik kemenangan di Thailand, Brazil dan Amerika Syarikat.

Martin bagaimanapun percaya kelebihan itu mungkin berubah apabila siri kejuaraan kembali ke litar Eropah yang lebih ‘familiar’ buat semua pasukan.

“Di Jerez, semuanya akan kembali normal… Ducati juga akan kembali normal,” kata Martin kepada DAZN.

Martin Kembali Menyerlah Selepas Musim Sukar

Kebangkitan Martin sendiri menjadi antara cerita terbesar musim ini selepas 2025 yang dibelenggu kecederaan.
Selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat di Thailand, beliau kembali ke podium di Brazil sebelum memenangi sprint di COTA dan kemudian menamatkan Grand Prix di tempat kedua.

Hanya Empat Mata Di Belakang Pendahulu

Prestasi konsisten itu kini meletakkan Martin hanya empat mata di belakang rakan sepasukan, Bezzecchi, dalam kedudukan kejuaraan.

Menariknya, Martin mengakui beliau sebenarnya cuba merendahkan jangkaan menjelang aksi di Austin selepas podium di Brazil.

“Kami belum benar-benar bersedia. Sasaran kami hanya kumpul mata dan kekal konsisten,” katanya.

Ducati Anggap COTA Sebagai ‘Wake-Up Call’

Dalam perkembangan sama, Pengurus Besar Ducati Gigi Dall’Igna menyifatkan keputusan di Grand Prix Amerika Syarikat sebagai satu ‘wake-up call’ buat pengeluar Itali itu.

Dengan Jerez bakal menjadi pusingan pertama di Eropah musim ini, ramai kini menantikan sama ada Ducati benar-benar mampu bangkit dan kembali mendominasi seperti musim lalu.

SUMBER: Crash.net

2026 MotoGP Aprilia Racing Team Ducati Lenovo Team Fabio Di Giannantonio jorge martin Litar Jerez marco bezzecchi MotoGP
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    SuperGT Jepun kembali ke Sepang
    Sukan Permotoran

    Autobacs SUPER GT Sepang 2026 Mungkin Dibatalkan, Perang Asia Barat Belum Reda

    07/04/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Bezzecchi Juara COTA, Aprilia Dominasi 1-2 di Austin

    02/04/2026
    Formula Satu

    #F12026: Antonelli Menang GP Jepun, Kini Pendahulu Kejuaraan F1 2026

    02/04/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Apa Yang Buat Aprilia Begitu Dominan di GP Brazil?

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.