PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli #13 menamatkan sesi Latihan Bebas 2 (Free Practice 2) Moto3 di kedudukan ke-22 Grand Prix (GP) Thailand di Litar Antarabangsa Chang, Buriram hari ini dengan catatan masa 1:42.084.
Namun, apa yang menarik perhatian komentator dan pemerhati adalah ketika lima minit terakhir, pelumba AEON Credit MT Helmets MSi itu berjaya menyelamatkan jentera ditunggang dari terjatuh kerana kehilangan cengkaman tayar depan.
Musim Penuh di Moto3
Ini ialah musim penuh pertama Hakim Danish dalam kelas Moto3 selepas melakukan tiga penampilan sebagai pelumba wild card, musim lalu.
Sementara itu, seteru Hakim Danish dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup musim lalu, Veda Pratama #54 dari Indonesia menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.
















