Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»#MotoGP2026 Aprilia Juara Musim Pembukaan, Marquez Bersara Awal
Sukan Permotoran

#MotoGP2026 Aprilia Juara Musim Pembukaan, Marquez Bersara Awal

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam02/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERLUMBAAN pembuka tirai MotoGP Thailand 2026 menyaksikan aksi dominan Marco Bezzecchi bersama Aprilia Racing, manakala Marc Marquez berdepan detik mencemaskan selepas tayar belakang jentera Ducati Lenovo miliknya mengalami kegagalan hujung perlumbaan.

Bezzecchi yang memulakan perlumbaan dari petak utama tidak lagi menoleh ke belakang apabila melakukan holeshot sebaik lampu padam. Selepas kekecewaan terjatuh ketika mendahului perlumbaan sprint pada Sabtu, pelumba Itali itu tampil jauh lebih kemas pada Ahad dengan mengawal penuh perlumbaan 26 pusingan.

Aprilia Kuasai Kelompok Hadapan

Pedro Acosta menghadiahkan kedudukan kedua buat Red Bull KTM Factory Racing dan dalam masa sama merampas kedudukan pendahulu kejuaraan dunia selepas pusingan Thailand.

Raul Fernandez dari pasukan Trackhouse Aprilia melengkapkan podium walaupun prestasinya sedikit merosot di penghujung perlumbaan. Jorge Martin (Aprilia Racing) dan Ai Ogura (Trackhouse Aprilia) pula memastikan empat jentera RS-GP berada dalam kelompok lima teratas, satu pencapaian besar buat Aprilia. Sebaliknya, Ducati berdepan hujung minggu yang sukar rentetan 88 perlumbaan berturut-turut menaiki podium akhirnya terhenti.

Detik Cemas Marc Marquez

Walaupun tidak sepantas kelompok depan, Marc Marquez dilihat berpotensi memburu kedudukan podium sebelum insiden dramatik berlaku pada pusingan ke-21.

Ketika memasuki Selekoh 4, tayar belakang Ducati GP26 miliknya dipercayai mengalami kegagalan secara tiba-tiba. Marquez hampir tercampak dari jentera namun berjaya mengawal situasi dan mengelak kemalangan serius.
Beberapa pusingan kemudian, Joan Mir dari Honda juga terpaksa menarik diri akibat masalah yang dipercayai berpunca daripada tayar.

Aksi Sengit Perebutan Podium

Seawal dua pusingan pertama, Bezzecchi sudah mencipta jurang satu saat di hadapan Fernandez. Di belakangnya, perebutan podium berlangsung sengit membabitkan Acosta, Martin dan Marquez.

Acosta beberapa kali cuba memintas Martin namun tersasar ketika percubaan agresifnya sebelum berjaya melengkapkan potongan kemas pada pusingan ke-10.

Persaingan Terbuka

Toprak Razgatlioglu dari pasukan Yamaha Prima Pramac menamatkan penampilan sulung MotoGP di tempat ke-17, sementara Alex Marquez dari Gresini Ducati mengalami kemalangan lewat perlumbaan.

Selepas pusingan Thailand, Acosta kini mendahului carta kejuaraan dengan kelebihan tujuh mata, memberi isyarat awal bahawa musim 2026 bakal menyajikan persaingan lebih terbuka.

SUMBER: Crash.Net

2026 MotoGP 2026 ThaiGP Aprilia Ducati MotoGP motorsport Red Bull KTM sukan permotoran superbike Thailand GP Trackhouse Aprilia
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Sukan Permotoran

#SUPERGT2026: Perlumbaan GT Jepun Kembali ke Sepang, Tiket Pusingan Tiga Kini Dijual

02/03/2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walau Belum Raih Mata

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.