Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2024: Insiden ‘Slip ‘N Slide’ Tidak Halang Marquez Muncul Juara GP Australia
Auto Terkini

#MotoGP2024: Insiden ‘Slip ‘N Slide’ Tidak Halang Marquez Muncul Juara GP Australia

SyafieBy Syafie21/10/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN menghadapi masalah Slip N’ Slide pada awal perlumbaan, masalah itu tidak menghalang juara enam kali MotoGP, Marc Marquez meraih kemenangan ketiga dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2024 apabila muncul juara di GP Australia yang berlangsung di Litar Philip Island, semalam.

Marquez awalnya berpeluang menjadi pendahulu perlumbaan, tetapi terjejas akibat kehadiran plastik dibuang dalam trek yang tersangkut pada tayar belakang jentera.

Insiden itu menyebabkan tayar belakang jentera Marquez hilang kawalan dan nyaris terbabas ketika semua pelumba sedang berlepas dari garisan permulaan. Mujurlah pelumba Sepanyol itu masih mampu mengawal jenteranya dan terpaksa akur menjadi pelumba ke-13 pada awal perlumbaan.

HUGE wheelspin for for Marc Marquez off the line 😱😱😱

📺 Watch the #AustralianGP on channel 506 via @kayosports https://t.co/AwHlb9dt5r
📲 RACE CENTRE https://t.co/CCdaBta3ne#MotoGP pic.twitter.com/72W9NJSGre

— Fox Motorsport (@Fox_Motorsport) October 20, 2024

Pelumba Gresini Racing itu membuktikan pengalaman dan semangat kental tidak menghalang beliau memintas barisan pelumba lain hingga berada pada posisi ketiga pada enam pusingan awal.

Perlumbaan kemudian menjadi semakin sengit pada pusingan ke-12 apabila Marquez bersaing bersama dua calon juara musim ini, iaitu pelumba sensasi, Francesco Bagnaia dan pendahulu ranking setakat ini, Jorge Martin.

Bagnaia berjaya menjadi pendahulu perlumbaan pada pusingan itu, tetapi dipintas Martin dan Marquez sehingga pelumba Itali itu jauh ketinggalan selepas beberapa pusingan berikut.

Tiga pusingan terakhir menyaksi persaingan klimaks yang menyaksikan Marquez dan Martin saling memintas satu sama lain hingga aksi konsisten Marquez dalam mengekalkan momentum meletakkan beliau sebagai juara GP Australia.

Berikut kedudukan tiga teratas ranking MotoGP 2024 setakat ini:

  • Jorge Martin (Prima Pramac Racing): 424 mata
  • Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team): 404 mata
  • Marc Marquez (Gresini Racing MotoGP): 345 mata
2024 MotoGP Auto Terkini Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia GP Australia Gresini Racing MotoGP jorge martin Marc Marquez Prima Pramac Racing (Ducati) sukan permotoran
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.