Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2023: Bezzecchi Juara, 8 Pelumba, Termasuk Marquez, Pecco Terbabas di Perancis
Auto Terkini

#MotoGP2023: Bezzecchi Juara, 8 Pelumba, Termasuk Marquez, Pecco Terbabas di Perancis

ShawkathBy Shawkath15/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARCO Bezzecchi mencatat kemenangan kedua Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 di GP Perancis semalam dan merapatkan jurang mata dengan Francesco Bagnaia aka Pecco untuk saingan gelaran juara dunia 2023.

GP Perancis 2023 ialah MotoGP ke-1,000 yang menerima kunjungan 278,805 penonton. Banyak aksi dramatik berlangsung di Litar Le Mans.


Hanya 13 pelumba melengkapkan 27 lap perlumbaan, manakala lapan lagi gagal melepasi garisan penamat, termasuk pelumba kontroversi, Marc Marquez (Repsol Honda) dan juara musim lalu, Pecco (Ducati Lenovo).

Apa yang pasti, Ducati pasti memenuhi podium dengan bantuan Marco Bezzecchi (VR46 Racing) yang muncul juara, manakala Jorge Martin dan Johann Zarco daripada pasukan Pramac Racing masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Zarco mendapat laluan lebih mudah selepas Marquez terbabas ketika saingan berbaki dua lap.

Senarai Pelumba Gagal Tamat Saingan GP Perancis 2023

  • Marc Marquez: Repsol Honda (RC213V)
  • Jack Miller: Red Bull KTM (RC16)
  • Alex Rins: LCR Honda (RC213V)
  • Joan Mir: Repsol Honda (RC213V)
  • Luca Marini: Mooney VR46 Ducati (GP22)
  • Alex Marquez: Gresini Ducati (GP22)
  • Francesco Bagnaia: Ducati Lenovo (GP23)
  • Maverick Vinales: Aprilia Racing (RS-GP23)

Pelumba Lain Terlibat Rempuhan, Marquez Jatuh Sendiri

Vinales membuka langkah memintas Bagnaia di lap 10 dan pada masa sama, Pecco cuba mengekalkan posisi yang menyebabkan kedua-duanya bertembung ketika merebut racing line dan gagal meneruskan perlumbaan.

Insiden lap ke-22 bertukar tegang apabila  Vinales ‘bersemuka’ dengan Pecco yang ‘mempertahankan diri’ hingga marsyal terpaksa menenangkan mereka. Dua pelumba itu kemudian dibawa menaiki skuter ke pit.

Detik lebih mendebarkan berlaku ketika Luca Marini cuba menyelamatkan diri daripada terbabas dengan menggunakan sikunya di lap ke-4, tetapi Alex Marquez gagal mengelak dan merempuh pelumba VR46 Ducati itu.

Miller yang berada di posisi ketujuh gagal meneruskan perlumbaan akibat terbabas ketika saingan berbaki tiga lap.


Juara dunia enam kali, Marc Marquez pula berada di landasan terbaik meraih podium pertama musim 2023, tetapi membuat kesilapan ketika aksi berbaki dua lap dengan memberi laluan mudah kepada Martin dan Zarco.

Juara dunia 2021, Fabio Quartararo pula menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Keputusan GP Perancis 2023

  1. Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Ducati – GP22)
  2. Jorge Martin (Pramac Ducati  – GP23)
  3. Johann Zarco (Pramac Ducati – GP22)
  4. Augusto Fernandez (Tech3 GASGAS – RC16)
  5. Aleix Espargaro (Aprilia Racing – RS-GP23)
  6. Brad Binder (Red Bull KTM – RC16)
  7. Fabio Quartararo (Monster Yamaha – YZR-M1)
  8. Fabio Di Giannantonio (Gresini Ducati – GP22)
  9. Takaaki Nakagami (LCR Honda – RC213V)
  10. Franco Morbidelli (Monster Yamaha – YZR-M1)
  11. Danilo Petrucci (Ducati Lenovo – GP23)
  12. Lorenzo Savadori (RNF Aprilia – RS-GP22)
  13. Jonas Folger (Tech3 GASGAS  – RC16)

SUMBER: Crash

2023 MotoGP autoterkini Francesco Bagnaia Johann Zarco jorge martin Marc Marquez Marco Bezzecchi (VR46) Pecco Bagnaia Pramac Racing roda2 sukan permotoran
Shawkath

Artikel Berkaitan

Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026
Auto Terkini

Ducati DesertX 2026 V2, Enjin V2 890 cc Baharu Lebih Mudah Selenggara, Kerangka Trelis

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.