• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Elly Idzlianizar Juara CP130 Cub Prix Pusingan Ke-2

MOTO: Elly Idzlianizar Juara CP130 Cub Prix Pusingan Ke-2

April 13, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

CP130 Race at Batu KawanKEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan kedua menyaksikan Elly Idzlianizar Ilias muncul sebagai juara bagi kategori CP130 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, minggu lalu.

Elly yang kini bersama pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing berjaya menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan catatan masa 16'17.765s manakala Zamri di kedudukan kedua dengan masa 16'21.354s.

Elly Idzlianizar Ilias won the Batu Kawan leg on SundayCP115

Bagi kategori CP115 pula menyaksikan Tengku Amirul Haffirudin dari Motul Yamaha YY Pang berjaya mengekalkan kejuaraannya selepas memenangi perlumbaan pusingan pertama di Temerloh, Pahang dengan menumpaskan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha-CKJ) di tempat kedua dan Mohd Iskandar Raduan (M-Seki Liberty Honda Racing).

CP115 Podium - P1 Tengku Amirul P2 Ahmad Syukran P3 Iskandar RaduanKemenangan itu meletakkan Tengku Amirul di kedudukan teratas dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 50 mata manakala rakan sepasukan Mohd Izzat Zaidi Salehan di kedudukan kedua dengan 29 mata. Ahmad Syukran di tangga ketiga dengan 26 mata.

WIRA Podium - P1 Harith Farhan P2 Saiful Izman P3 Khairul IkhwanWIRA

Pelumba Kozi Yam Honda Racing, Mohd Harith Farhan Baharin pula berjaya menebus kehampaan apabila berjaya menewaskan pencabar utama yang juga juara prlumbaan lepas di Temerloh, Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing ) bagi kategori Wira.

Harith selesa mendahului dari awal perlumbaan sehingga ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 11'15.525s manakala Saiful di kedudukan kedua dengan masa 11'27.581s. Mohd Khairul Ikhwan Ajis Espada William Racing 11'34.019s

Harith dan Saiful kini berkongsi mata sebagai pendahulu dengan 45 mata manakala Khairul ketiga dengan 27 mata.

Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan ketiga pula bakal berlangsung di Muar, Johor Bahru pada 1 hingga 2 Mei 2015.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AAM, CP115, CP130, CUB PRIX, Petronas, Wira

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my