Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT: Tiada Lagi Nombor Plat Khas untuk NGO, Individu atau Syarikat!
Auto Terkini

MOT: Tiada Lagi Nombor Plat Khas untuk NGO, Individu atau Syarikat!

SyafieBy Syafie04/08/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menegaskan tidak lagi meluluskan sebarang permohonan pengeluaran atau penjualan nombor pendaftaran khas (NPK) kepada mana-mana individu, syarikat korporat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Nombor Plat Khas Komersial Dihentikan Sejak 2022

Hasbi bekrata, langkah itu selaras keputusan Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2022, yang menetapkan dasar larangan terhadap kelulusan NPK untuk tujuan komersial atau menjana keuntungan.

Kementerian tidak lagi membenarkan pengeluaran nombor plat khas kepada NGO atau syarikat korporat, termasuk untuk tujuan perniagaan yang menjana keuntungan pihak terbabit,” katanya.

RM110 Juta Dikutip Melalui Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI)

Walaupun penjualan NPK dihentikan, sistem bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) melalui platform JPJeBid masih diteruskan.

Berikut hasil jualan diperoleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

  • RM110,069,150 dikutip sejak NPI diperkenalkan pada 2023.
  • Hasil kutipan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
  • Sebahagian besar hasil digunakan untuk program rakyat bawah Kerajaan Persekutuan.

Masalah JPJeBid? Kini Hampir Selesai

Menjawab soalan tambahan mengenai isu teknikal JPJeBid, Hasbi mengakui sistem bidaan dalam talian itu pernah menghadapi pelbagai masalah pada awal pelaksanaan.

Antara isu pernah timbul adalah:

  • Kesukaran log masuk
  • Gangguan sistem ketika tempoh bidaan
  • Kehilangan giliran saat akhir

Memang pada awalnya banyak masalah berlaku tapi sekarang kita dah berjaya selesaikan sebahagian besar isu teknikal itu. Masih ada sedikit (masalah) tetapi tidak meluas seperti dulu.”

– Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan

Apa Beza NPK dan NPi?

  • NPK: Dikeluarkan untuk NGO atau syarikat tertentu mengikut tema khas seperti G1M, VIP, PATRIOT (dihentikan sejak 2022)
  • NPI: Plat biasa, tetapi dibuka kepada umum untuk bidaan melalui JPJeBid (masih dibuka dan aktif)

Lebih Telus, Lebih Adil

Langkah menghentikan kelulusan NPK kepada pihak tertentu adalah selaras usaha Kerajaan memastikan ketelusan, mengelakkan penyalahgunaan sistem dan memastikan hasil diperoleh disalurkan terus untuk manfaat rakyat.

SUMBER: BeritaHarian

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJeBid Kementerian Pengangkutan (MOT) Mesyuarat Jemaah Menteri Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) nombor pendaftaran khas (NPK) Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.