Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol
Auto Terkini

MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

SyafieBy Syafie10/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025

KEMENTERIAN Pengangkutan menggalakkan syarikat e-hailing di negara ini mempeluas pelaksanaan konsep kongsi kereta (carpool) sebagai langkah proaktif membantu mengurangkan kos bahan api, selain menawarkan pilihan tambang lebih berpatutan kepada pengguna.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pendekatan itu membolehkan penumpang berkongsi perjalanan secara lebih efisien, sekali gus mewujudkan keseimbangan antara keperluan industri dan kebajikan pengguna.

Menurut beliau, konsep tersebut bukan perkara baharu memandangkan sudah melalui fasa pembuktian konsep (PoC) bersama beberapa syarikat e-hailing sebelum ini dan berpotensi dilaksanakan lebih meluas dalam masa terdekat.

Dalam menghadapi krisis semasa, kita perlu mengambil langkah proaktif. Carpool adalah antara penyelesaian praktikal yang boleh dilaksanakan segera,” katanya.

Kurangkan Kos, Tambah Kecekapan

Pelaksanaan carpool dilihat mampu:

  • Mengurangkan penggunaan bahan api secara keseluruhan
  • Menawarkan tambang lebih rendah kepada pengguna
  • Mengoptimum kapasiti kenderaan atas jalan

Pada masa sama, Kerajaan akan memastikan sebarang pelaksanaan dasar baharu tidak menjejaskan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang sedia ada.

Krisis Global Jejas Penerbangan, Maritim

Mengulas lanjut, Loke berkata, konflik di Timur Tengah turut memberi kesan besar kepada sektor pengangkutan global seperti penerbangan dan maritim.

Penutupan ruang udara di zon konflik memaksa syarikat penerbangan mengubah laluan, sekali gus meningkatkan tempoh perjalanan dan kos operasi, terutama laluan ke Eropah.

Selain itu, ketegangan di laluan strategik seperti Selat Hormuz, Terusan Suez dan Laut Merah turut memberi tekanan kepada sektor maritim apabila kapal dagang terpaksa menggunakan laluan alternatif lebih jauh.

Kerajaan Pantau Impak Ekonomi

Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang meneliti kesan krisis tenaga global secara menyeluruh, terutama dari aspek jaminan bekalan dan kestabilan ekonomi negara.

Langkah mempeluas konsep carpool dilihat antara pendekatan segera yang boleh membantu rakyat menghadapi tekanan kos hidup dalam situasi global yang tidak menentu ketika ini.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Carpool e-Hailing Kementerian Pengangkutan (MOT) Kos Bahan Api
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.