Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Morgan Midsummer, Erti Sebuah Kereta Cantik, Hasil Kerjasama Morgan dan Pininfarina!
Auto Terkini

Morgan Midsummer, Erti Sebuah Kereta Cantik, Hasil Kerjasama Morgan dan Pininfarina!

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGERTIAN kereta yang cantik terletak pada Morgan Midsummer baharu. Bukan calang-calang, Midsummer adalah hasil kerjasama di antara Morgan dan Pininfarina. Kecantikan Midsummer nampaknya dapat dimiliki oleh 50 pembeli sahaja.

Menggunakan badan klasik, Midsummer dibina dari pelantar lekatan aluminium atau CX-Generation Bonded Aluminium Platform terbaru dari Morgan dan digerakkan enjin 3.0 liter turbo enam silinder dari BMW dan kotak gear automatik enam kelajuan.

Dari dalam boleh dilihat tombol gear BMW dan rangkaian kuasa kereta Jerman itu turut menguasakan model Morgan yang lain.

Kedua-dua Morgan dan Midsummer berusia puluhan tahun dan kerjasama ini satu yang ideal selain mengingatkan kepada era coachbuilding.

Pada masa itu, badan kereta dibuat oleh syarikat pembina badan atau contoh terdekat syarikat pembina badan bas yang memasangnya di atas casis dan enjin dari pengeluar lain.

Kayu yang anda lihat didalam gambar bukan tiruan tetapi bahan asli. Kayu merupakan bahan biasa di dalam kereta sport Morgan namun tersorok daripada pandangan mata kerana digunakan di dalam rangka badan.

Gaya barchetta (bumbung terbuka) Midsummer memberi peluang untuk menggunakan kayu sebagai garisan bahu dan diteruskan pada bahagian dalam.

Penggunaan bahan itu sebagai penghormatan kepada tradisi Morgan dengan kayu yang terbina sejak sekian lama dan ciri utama yang dinyatakan Pininfarina pada peringkat awal projek ini.

Penggunaan kayu juga mengingatkan kepada bot dan sememangnya dipengaruhi olehnya.

Ciri-ciri Morgan Midsummer

  • Midsummer bermaksud kemuncak musim panas dan cuaca yang optimal untuk menikmati kereta barchetta.
  • Dari puncak Bukit Midsummer boleh dilihat tempat kelahiran pengasas Morgan, HFS Morgan dan Kolej Malvern yang menjadi lokasi kereta Morgan pertama direka.
  • Menggunakan lencana Pininfarina Fuoriserie, pertama untuk kereta produksi dan di dalam sejarah Pininfarina.
  • Bermaksud out of series dan dipilih berdasarkan keunikan Midsummer dan pendekatan kerjasama dalam kelahirannya.
  • Morgan dan Pininfarina bekerjasama bagi merekabentuk Midsummer, kerja-kerja kejuruteraan diketuai Morgan.
  • Karyawan mahir Morgan bekerja dengan bahagian kejuruteraan.
  • Kerja-kerja rekaan berbantu komputer (CAD) dimaklumkan oleh tukang kayu Morgan yang mahir dan berpengalaman dan mempunyai pengalaman di dalam pembuatan kabinet atau penggunaan maritim.
  • Elemen yang dibentuk menggunakan tangan lebih banyak daripada mana-mana model Morgan dan lebih rumit.
  • Panel badan aluminium yang dibentuk dengan tangan mengambil masa lebih daripada 250 jam untuk disiapkan dan memerlukan masa yang lebih panjang.
  • Menggunakan kayu jati dan ratusan lapisan dicantum untuk menghasilkan setiap bahagian. Ketebalan setiap lapisan kayu jati tidak lebih daripada 0.6 mm. Kayu disumberkan secara mampan.
  • Kaedah cantuman dipilih berbanding sekeping kayu untuk hasil lebih kuat dan tahan lasak dan diperlukan bagi bahagian yang terdedah.
  • Sayap sisi (lengkungan roda) Morgan diubah bagi memenuhi keperluan aerodinamik terutama sekali angkatan (lift) pada bahagian depan kedua-dua roda depan dan belakang.
  • Garisan lebih curam membantu menghalang gelora udara daripada panel kereta.
  • Bahagian depan sayap dan muncung Midsummer juga berbeza daripada model Morgan lain namun kekal dengan prinsip rekaan Morgan.
  • Rekaan separa bulatan pada jeriji membantu mengalirkan udara ke dalam bukaan jeriji. Saluran udara pada sisi jeriji badam kuda turut membantu mengalirkan udara dan penyejukan.
  • Bahagian bawah badan daripada besi tahan karat dan dibentuk dengan tangan. Diinspirasi dari rekaan lampau Pininfarina.
  • Rim 19 inci tempa direka khas untuk Midsummer. Berat hanya 10 kg atau 3 kg lebih ringan daripada rim 19 inci yang setara pada Morgan Plus Six. Tayar Michelin Pilot Sport 5.
  • Ekor belakang yang lebih panjang direka bagi menyerlahkan keanggunan Midsummer dan mengingatkan kepada rekaan ikonik Pininfarina dan menyerlahkan gaya era penghujung 30-an dan awal 40-an.

Pengeluaran Midsummer bermula pada tahun ini yang juga usia ke-115 Morgan dan akan disiapkan pada 2025.

Harap maklum, kesemua 50 buah Midsummer telah terjual selepas satu sesi tontonan yang dibuat secara eksklusif.

Morgan Morgan Midsummer Pininfarina
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

20/02/2026
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.