Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kajian: Momentum EV Global Diramal Kekal Sihat Sepanjang 2026
Auto Terkini

Kajian: Momentum EV Global Diramal Kekal Sihat Sepanjang 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

EV diramal sihat sepanjang 2026

PASARAN kenderaan elektrik (EV) global dijangka terus berkembang kukuh apabila 116 juta unit EV merangkumi kereta, dan kenderaan komersial diramalkan berada atas jalan raya seluruh dunia menjelang 2026.

Unjuran itu dibuat firma penyelidikan perniagaan dan teknologi, Gartner Inc yang menjangka pertumbuhan ketara walaupun berdepan pelbagai cabaran dasar dan ekonomi di beberapa pasaran utama.

EV Meningkat Walaupun Insentif Kurang

Penganalisis kanan Gartner, Jonathan Davenport berkata, jumlah EV di jalan raya global dijangka meningkat sekitar 30 peratus pada 2026, walaupun Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif import kenderaan dan banyak Kerajaan mula menarik balik subsidi dan insentif pembelian EV.

Situasi itu menunjukkan permintaan EV tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sokongan Kerajaan, sebaliknya disokong kematangan teknologi, penurunan kos dan penerimaan pengguna yang semakin luas.

China Kuasai Pasaran EV Dunia

Festival Light The Change BYD & Denza | Desa Waterfront

China terus muncul sebagai peneraju utama elektrifikasi global, dengan negara itu dijangka menyumbang 61 peratus daripada jumlah keseluruhan EV dunia menjelang 2026.

Persaingan sengit dalam kalangan pengeluar tempatan menekan harga EV di China, sekali gus mendorong Gartner menaikkan unjuran permintaan EV negara itu bagi 2026 daripada 13.4 juta unit kepada 16.5 juta unit.

Pelaburan agresif dalam infrastruktur pengecasan turut menyumbang kepada kadar penerimaan EV yang tinggi, walaupun Kerajaan China kini mula mengawal tahap diskaun pengeluar dan mengurangkan subsidi bagi menstabilkan industri.

PHEV Semakin Diminati

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

Walaupun kenderaan elektrik bateri penuh (BEV) masih merangkumi lebih separuh jumlah EV global, terdapat peningkatan ketara minat terhadap kenderaan hibrid plug-in (PHEV).

Pemilikan PHEV peringkat global dijangka meningkat 32 peratus tahun ke tahun, didorong keperluan pengguna yang mahukan ketenangan fikiran melalui enjin petrol sokongan, terutama di pasaran yang infrastruktur pengecasan masih belum menyeluruh.

Seiring perkembangan itu, unjuran peratusan BEV bagi 2026 disemak turun Gartner daripada 77 peratus kepada 63 peratus, yang mencerminkan kadar penerimaan BEV yang lebih perlahan daripada jangkaan awal.

AS Berdepan Tekanan Permintaan

Kesan tarif Amerika - CEO Toyota, Koji Sato

Berbeza China, pasaran EV di AS menunjukkan penurunan permintaan berikutan pengenalan tarif import kenderaan dan penamatan insentif dan rebat pembelian EV.

Situasi itu memberi tekanan kepada pengeluar, sekali gus memperlahan kadar pertumbuhan EV di pasaran Amerika Utara berbanding Asia.

Fokus Baharu Pengeluar: Hibrid, Ekstender Jarak

Ekstender jarak (range extender)

Banyak pengeluar EV utama, seperti BYD, kini menumpukan semula strategi kepada model PHEV berikutan permintaan yang lebih jelas di pelbagai pasaran.

Turut mencuri perhatian ialah sub-segmen PHEV yang semakin berkembang, iaitu kenderaan ekstender jarak (range extender) menggunakan enjin petrol semata-mata untuk menjana elektrik bagi mengecas bateri, manakala pemanduan kekal 100 peratus elektrik.

Konfigurasi itu menawarkan pengalaman pemanduan elektrik lebih konsisten dan lancar, tanpa kebimbangan jarak perjalanan.

Tekanan Regulasi Terus Dorong Elektrifikasi

Menurut Gartner, pembangunan EV daripada pengeluar kenderaan lebih didorong tekanan regulasi Kerajaan berhubung kualiti udara dan perubahan iklim, berbanding permintaan pengguna semata-mata.

Banyak negara memberi isyarat jelas bahawa kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) akan dihentikan berperingkat dengan tidak lagi meluluskan model baharu berasaskan teknologi tersebut.

Secara keseluruhan, walaupun landskap EV global berdepan pelbagai cabaran dasar dan ketidaktentuan pasaran, momentum elektrifikasi dilihat kekal kukuh, dengan China terus mendahului, PHEV semakin relevan, dan EV kekal sebagai teras utama masa depan industri automotif global.

SUMBER: BangkokPost

Auto Terkini electric vehicle Gartner Inc kajian Kenderaan Elektrik Pasaran EV China Pasaran kenderaan elektrik Subsidi EV Tarif Amerika Syarikat
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Kenderaan Elektrik (EV)

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.