• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?

Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?

June 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS sekian lama menunggu, kami akhirnya mendapat sedikit gambaran terbaharu mengenai projek supermoped Modenas yang ditunggu ramai peminat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan mengesahkan dua perkembangan penting iaitu:

  • Pertama, projek supermoped dengan trenkuasa kontroversi Austria sudah dihentikan sekitar 2019.
  • Kedua, Modenas sudah memulakan fasa awal pembangunan supermoped serba baharu dengan penglibatan Kawasaki.

BACA >>> Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?

KENAPA PERLU SUPERMOPED?

Roslan menyatakan secara jelas Modenas akan kembali bersaing dalam segmen kapcai yang mana pertumbuhan paling besar dalam segmen itu ialah 150cc ke atas.

Buat masa ini, Modenas tiada produk dalam segmen underbone kategori itu (150cc ke atas). Jadi, kami dalam proses untuk memperkenalkannya (supermoped) dengan rakan kami.”

Sebenarnya, dua orang kuat Kawasaki Jepun yang melawat Malaysia beberapa minggu lalu ada kaitan dengan projek supermoped Modenas baharu. Roslan menegaskan mereka tetap akan membangunkan supermoped:

Kami tidak akan menghentikan model ini (supermoped). Kami akan menceburi segmen ini. Seperti saya katakan, ini segmen mencatat pertumbuhan paling pantas berkembang pasaran moped.

“Untuk Modenas bangkit dan bergerak ke depan dalam tahun-tahun akan datang dengan Kawasaki sebagai rakan kami, sudah tentu kami akan sertai segmen ini. Jika terus kekal dengan segmen lebih kecil, ia tidak cukup."

KENAPA PROJEK SUPERMOPED LAMA DIBATALKAN?

Ada dua sebab utama mendorong Modenas menamatkan projek kontroversi supermoped lama iaitu:

  • Tidak mematuhi standard piawaian Euro4 di Malaysia.
  • Mahu ada sentuhan, kepakaran Kawasaki.

BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan

KAWASAKI BANGUNKAN ENJIN MODENAS?

Sesi bualan dengan bos Modenas mendedahkan trenkuasa yang akan dipasang pada supermoped itu nanti adalah unit baharu dan bukan naik taraf daripada enjin lama (supermoped) hasil kerjasama pihak di Austria.

Khabarnya, pembangunan itu membabitkan pihak Kawasaki dengan menggunakan pilihan sejumlah komponen daripada pengeluar tersebut. Malah, unit enjin bakal digunakan itu dibina daripada sifar, dan kapasiti boleh dipertingkat hingga 180cc.

BACA >>> Orang Kuat Kawasaki Jepun: "Penunggang Motosikal Malaysia Suka Full-Throttle!"

Roslan juga memberikan bayangan ketika menjawab persoalan sama ada Modenas masih mahu menggunakan enjin dari China untuk produk keluaran pengeluar itu atau kembali bersama Kawasaki.

Secara jujur, pada masa ini Kawasaki tidak terlibat dalam pembuatan enjin berkapasiti kecil dan memberi fokus kepada enjin berkapasiti besar.

"Namun, dengan Kawasaki ada ekuiti dalam Modenas, Kawasaki akan menyumbang dalam beberapa aspek teknikal dan nasihat rekabentuk untuk produk kami dalam segmen kecil.

“Sama seperti kunjungan dua wakil dari Jepun, ia sebenarnya sebahagian proses untuk mereka (Kawasaki Jepun) memahami segmen lebih kecil dalam pasaran Malaysia.

“Dan untuk mereka beri nasihat kepada kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami, termasuk tim pemasaran tentang bagaimana cara melangkah pada masa depan (dalam) segmen motosikal kecil untuk Modenas. Lebih spesifik, mereka (Kawasaki) sudah beralih fokus daripada kapasiti kecil kepada hanya 250cc ke atas.

“Tapi daripada perbincangan terbaharu kami, semua itu tidak mustahil untuk Kawasaki kembali dan terlibat dalam segmen motosikal kapasiti kecil jika peluang mengembangkan bisnes dengan Modenas cukup baik untuk mereka mengambil bahagian.”

BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?

BILAKAH SUPERMOPED AKAN TIBA?

Difahamkan, satu-satu projek motosikal lazimnya mengambil masa minimum sekitar dua tahun sebelum model berkenaan memasuki fasa pembuatan dengan syarat tiada sebarang gangguan dan semua berjalan lancar.

Bagi projek supermoped Modenas, sumber mendakwa rancangan itu sudah dikemukakan beberapa tahun lalu, tetapi menerima kesan langsung akibat pandemik Covid-19. Malah, Modenas juga dikatakan membentangkan idea itu kepada Kawasaki menerusi perbincangan secara atas talian sebelum ini.

Mungkin pada masa itu pintu sempadan Malaysia masih ditutup, dan sebaik saja dibuka, muncul pula dua wakil dari Jepun yang tiba meninjau situasi, budaya dan trend penunggang motosikal negara ini.

Khabarnya, tempoh jangkaan ialah tiga tahun lagi, yang juga sama pada masa Modenas dijangka kembali ke sukan permotoran. Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi mengenai aspek pembabitan dalam sukan lumba.

BACA >>> Modenas Bakal Perkenal 4 Model CKD Kawasaki Tahun Ini!

APA MANFAAT SUPERMOPED?

Jika mendapat bantuan Kawasaki untuk projek supermoped dan ditawarkan ke pasaran tempatan, Modenas bakal bersaing dalam liga sama dengan pengeluar supermoped lain dari Jepun seperti Yamaha dan Honda.

Jika supermoped Modenas menambat hati pembeli dan disokong jumlah jualan tinggi, tidak mustahil Modenas-Kawasaki menimbang cadangan mengeksport ke negara lain, khususnya Asia Tenggara. Ini mungkin satu-satunya peluang kebangkitan semula Modenas untuk menjadi jenama motosikal gah.

BACA >>> #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
BACA >>> #SembangDeras: Super Kapcai Modenas Kembali!
BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Modenas Kawasaki, Modenas Supermoped, roda2, Roslan Roskan, Supermoped Modenas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev