• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Lancar Skuter Baharu, 19 November Ini!

Modenas Lancar Skuter Baharu, 19 November Ini!

November 14, 2020 By Aryon 1 Comment

907
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU saja perminat cakap-cakap pasal Modenas, terbaharu pengeluar motosikal nasional itu menyiarkan imej acah di Facebook mengenai kemunculan model baharu dipercayai skuter maksi Kymco X-Town.

BACA >>> #EICMA2018: Kymco X-Town City 125 yang Layak Subsidi Petrol (Modenas, Mohon Bawa Masuk)

Modenas turut mendedahkan tarikh pelancaran rasmi model tersebut, iaitu minggu depan, pada Khamis, 19 November ini (Khamis) dan dijangka dibuat secara digital sebagai mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak Covid-19.

Model baharu itu dijangka menjadi pengganti kepada skuter suku liter Elegan 250 sedia ada.

BACA >>> Jenama KYMCO Di Malaysia Kini Modenas Yang Punya

Buat masa ini, Kymco ada tiga model berbeza dalam barisan siri X-town, iaitu X-Town 300i, X-Town CT 300, dan X-Town CT 125. Namun, daripada ketiga-tiga model itu, cuma X-Town 300i paling mirip dengan foto acah disiarkan Modenas (lihat foto atas) dalam laman Facebook rasmi pengeluar tersebut.

Spesifikasi X-Town 300i dijana enjin patuh Euro4 berkapasiti 276cc OHC penyejukan cecair berkuasa 24hp @ 7,250rpm dan tork 25Nm @6,250rpm dengan kotak gear CVT. Sistem brek menggunakan cakera 260mm di depan dan cakera 240mm di belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) jenis Bosch 9.1M. Kapasiti tangki minyak ialah 12.5 liter, manakala berat 200kg.

Bahagian roda menggunakan rim aloi dengan tayar 120/80-14 (depan) dan 150/70-13 (belakang).

BACA >>> Skuter Paling Laris Sepanyol, Kymco Agility City 125 (2020) Kini Berwarna Baharu

kymco-x-town-300i-7
kymco-x-town-300i-8
kymco-x-town-300i-1
kymco-x-town-300i-2
kymco-x-town-300i-3
kymco-x-town-300i-4
kymco-x-town-300i-5
kymco-x-town-300i-6
907
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kymco X-Town 300i, Modenas, Modenas-Kymco, roda2, skuter, skuter maksi

Comments

  1. Sufi says

    November 15, 2020 at 5:56 PM

    Modenas dgn kerjasama kymco bleh hsilkn super skuter mcm kaneda bike @ akira anime jepun tu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my