Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Dominar 400 Lancar Rabu Depan!
Auto Terkini

Modenas Dominar 400 Lancar Rabu Depan!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL sebelum ini kami ada menyiarkan foto spyshot Dominar 400 di Malaysia, termasuk pengalaman menunggang uji model tersebut di India. Ketibaan model Bajaj itu hampir ke penghujung apabila terbaharu Modenas menghantar e-mel jemputan ke majlis pelancaran Dominar 400 dengan slogan, ‘Born To Sprint. Build To Tour. Capture It All’.

Cuma perlu menunggu tidak sampai seminggu saja lagi tarikh pelancaran rasmi jentera flagship Bajaj itu, iaitu pada hari keramat, Rabu depan, 18 April.

Di India, Bajaj Auto baru saja memperkenalkan Dominar 400 edisi 2018 pada Januari lalu dengan menampilkan perubahan kosmetik, manakala aspek mekanikal kekal sama. Naked bike itu menerima perubahan visual dengan skema warna baharu, iaitu Rock Matte Black (hitam), Canyon Red (merah) dan Glacier Blue (biru), manakala kowl bawah atau ‘bajak’ kini didatangkan dengan warna badan berbanding plastik hitam, termasuk rim aloi emas.

BACA >>> Modenas Dominar 400 Lancar Bulan Depan?

Adakah Modenas akan membawa masuk versi 2018 di India ke pasaran tempatan? Sebagai pembakar semangat, sekarang mari kita lihat perincian Bajaj Dominar 400 versi negara Asia Selatan itu.

Bahagian mekanikal Dominar 400 menggunakan enjin silinder tunggal daripada KTM 390 Duke bersesaran 373.3cc penyejukan cecair berkuasa 34hp dan tork 35Nm, yang dipadankan kotak gear 6-kelajuan dengan bantuan klac sliper.

Apa berbeza, Dominar 400 menggunakan jenis enjin SOHC DTS-i dengan tiga palam pencucuh, sama seperti Pulsar. Ini bagi mendapatkan tahap penggunaan bahan api lebih cekap dan gaya tunggangan lebih santai serta hantaran kuasa linear. Gaya Dominar diserlahkan menerusi lampu depan LED unik, visor pengadang angin kecil dan kluster instrumen digital.

BACA >>> Modenas Bakal Perkenalkan Dominar 400 Tahun Ini, Harga Sekitar RM18,000?

Karakter garis pada tangki minyak boleh dilhat hingga ke belakang. Bajaj  memilih rekaan ringkas tanpa elemen lekuk minimal. Dominar versi India juga dikatakan lebih menyerlah berbanding produk Bajaj lain kerana kualiti kemasan akhir.

Dominar 400 versi negara asal model itu turut didatangkan dengan opsyen ABS dan tanpa ABS pada harga bermula ₹141,611 (RM8,418). Khabarnya, harga model itu di Malaysia di bawah RM20,000.

Sama-sama kita nantikan. Apa kata layan dulu iklan komersial Bajaj Dominar 400 yang kelihatan seperti memerli pesaing, Royal Enfield. Nakal juga caranya.

bajaj Bajaj Auto Ltd bajaj dominar 400 bajaj modenas Modenas Modenas Dominar 400 Sports Tourer
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

MRT Laluan Putrajaya
Auto Terkini

MRT Laluan Putrajaya Terejas Sepanjang Hari Akibat Kecurian Kabel

04/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.