Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Bakal Perkenal 4 Model CKD Kawasaki Tahun Ini!
Auto Terkini

Modenas Bakal Perkenal 4 Model CKD Kawasaki Tahun Ini!

ShawkathBy Shawkath16/06/20221 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PANDULAJU diberikan kesempatan melawat kilang Modenas di Gurun, Kedah untuk melihat projek pemasangan model kategori 250cc jenama Kawasaki. Apa yang jelas, mereka sudah menghasilkan kira-kira 20 unit Ninja 250, termasuk memulakan aktiviti pemasangan Z250 patuh spesifikasi Euro4.

Berdasarkan pemerhatian, kumpulan produk pertama Ninja 250 menawarkan pilihan warna hitam, manakala Z250 pula merah gelap yang bakal menjadi antara pilihan warna apabila dilancarkan kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan bersama beberapa orang penting syarikat tampil memberi penerangan mengenai projek CKD termasuk status model CBU Kawasaki. Berikut ringkasannya:

MODEL PEMASANGAN TEMPATAN (CKD)

Ada empat model akan diperkenalkan tahun ini, iaitu tiga model kapasiti 250cc dan satu 650cc:

  • Ninja 250 ABS
  • Ninja 250 tanpa ABS
  • Z250 ABS
  • Vulcan S 650

Tahun depan, dua model CKD akan diperkenalkan, Versys 650 dan Versys X-250.

MODEL IMPORT (CBU)

Semua model popular akan dibawa masuk, sama seperti dilakukan wakil pengedar terdahulu:

  • Ninja 1000 SX (foto atas)
  • ZX-10R
  • Versys 1000 SE
  • Versys 1000
  • Z900RS
  • ZX-6R
Model CBU Bakal Tiba Tahun Ini
  • Ninja 1000 SX
  • ZX-10
  • Versys 1000 SE
  • Z900RS

Model CBU lain dijangka masuk seawal tahun depan, tetapi bergantung kepada situasi tertentu.

PROJEK CKD, APA HAD KAPASITI ENJIN?

Roslan berkata;

Buat masa ini, apa dipersetujui dengan rakan kami (Kawasaki) ialah model bawah 650cc.”

Apabila diminta mengulas mengenai pelan CKD 900cc, Roslan mengakui itu antara projek masa depan selepas pertambahan barisan pengeluaran di kilang Modenas di Gurun, Kedah.

“Ia (siri 900cc) akan masuk sebagai model CBU sebagai permulaan. Apabila ada barisan pengeluaran mencukupi, termasuk skil yang cukup dan keyakinan, kami akan jadikan ia model CKD. Ini masih dalam peringkat perbincangan.”

SIAPA PILIH MODEL CBU KAWASAKI?

Semua model CBU itu ditentukan sendiri Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Modenas, Kashiwagi Yusaku (foto atas, kiri) selepas membuat penelitian situasi di Malaysia dan cita rasa penunggang tempatan.

Ramai pelanggan Malaysia suka tunggang jarak jauh. Jadi, Ninja 1000 dan Versys 1000 amat sesuai untuk pasaran ini.

“Malaysia juga ada litar antarabangsa di Sepang dan saya sudah berkunjung menyaksikan perlumbaan Cub Prix. Saya dapati ramai pelanggan Malaysia berminat dalam segmen supersport. Oleh itu, saya pilih ZX-10R dan ZX-6R

“Saya percaya motosikal jarak jauh touring dan superbike akan jadi produk utama membabitkan produk CBU di Malaysia.”

Auto Terkini Kashiwagi Yusaku Modenas Kawasaki Projek CKD Kawasaki-Modenas roda2 Roslan Roskan
Shawkath

Artikel Berkaitan

Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026

1 Comment

  1. Arepeace on 13/07/2022 13:14

    Ninja 250 sx…..pergh…..
    tapi skrang musim dual purpose adventure……

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.