Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘SUV Pertama Proton’, Geely Boyue Buat Kemunculan Sulung di Malaysia, Jumaat Ini
Auto Terkini

‘SUV Pertama Proton’, Geely Boyue Buat Kemunculan Sulung di Malaysia, Jumaat Ini

Abang GYLBy Abang GYL22/06/201725 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Geely Boyue MalaysiaBAKAL model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, Geely Boyue dijangka membuat kemunculan sulung di Malaysia, Jumaat ini. Menerusi e-mel yang baru kami terima, DRB-HICOM Berhad akan memeterai perjanjian bersama Zhejiang Geely Holding Group sebagai rakan strategik asing (FSP) Proton Holdings Berhad.

Pada majlis itu, Geely Boyue turut dipamerkan kepada pihak media. Persoalannya, apakah Proton bakal melancarkan model Boyue tidak lama lagi?

DRB-HICOM sebelum ini pernah menyatakan Proton bakal mengeluarkan SUV pertama berasaskan platform Geely Boyue. Bagi kami, pemilihan Boyue boleh dianggap tepat kerana SUV itu adalah antara model terlaris Geely.

Geely Boyue Malaysia
SUV Proton

2 PILIHAN VARIAN

Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L Turbo dan 2.0L aspirasi natural (NA).

Enjin 1.8L Turbo mampu menghasilkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-5,500rpm), manakala enjin 2.0L NA pula berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 – 4,500rpm).

Bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang maklumat tentang spesifikasi enjin yang bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia kelak. Mungkinkah SUV itu dibawa masuk sebagai model penjenamaan semula (rebadge) atau sebaliknya masih lagi menjadi tanda tanya?

BACA >>> Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton – Lotus Kini Milik Geely

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

Geely Boyue MalaysiaDalam pada itu, pakar manipulasi foto, Ajerul Antoine sudah melakar beberapa foto dengan menjadikan Geely Boyue sebagai model rebadge Proton.

Jika benar Proton memperkenalkan model rebadge Geely Boyue ke pasaran tempatan, mungkin inilah hasilnya. Lihat saja rekaan Ajerul ini yang pasti membuatkan sesiapa saja cair melihatnya.

Nantikan laporan dan foto kami, Jumaat ini. Rasa tak sabar pula mahu menanti pelancaran model ‘SUV pertama Proton’! 🙂

GALERI

Geely Boyue Malaysia
Geely Boyue Malaysia
Geely Boyue Malaysia
Geely Boyue Malaysia
SUV Proton
Geely Boyue Malaysia
SUV Proton
Geely Boyue Malaysia
SUV Proton
Geely Boyue Malaysia
Geely Boyue Malaysia
FSP Geely Boyue harga Geely Boyue harga suv proton Proton Bayu Proton Boyue Proton Geely SUV Proton
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Anwar Inbrahim, PM Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Seliter

10/03/2026

25 Comments

  1. What?? on 22/06/2017 10:39

    Jangan harap la harga 70k, 80k pun xdpt secara realistik. Expect harga around 110k bg base model & 125k top spec tapi at least harga lebih murah banding CRV & X Trail.

    Reply
  2. kocek on 22/06/2017 13:57

    Skrg design mcm range rover..enjin 1.8/2.0cc…nti bile launch,design mcm ertiga..kapasiti enjin paling tinggi pun 1.5cc..lumrah proton selama ni..hrp2 kali ni aku silap

    Reply
  3. Cenn on 24/06/2017 07:19

    Jgn shj badan & enjin cantik.. masalah power window masih sama

    Reply
    • kzm on 27/06/2017 21:42

      Masalah power window? Tahun biler ni bro?

      Reply
      • Tuah on 03/07/2017 09:01

        jarang guna jalan bertol kut, yang selalu buka pintu di plaza tol sekarang bukan kereta Proton, tapi biasa lah mentality yang telah di jajah

        Reply
    • Kereta Pandu on 03/02/2018 02:07

      mana ada masalah power window dahh skung buubuuu

      Reply
    • ts on 04/04/2018 14:11

      buka je bumbung kereta jadi tak payah salahkan power window kalau ini nak salah itu nak salah basikalkan bagus

      Reply
  4. mama on 24/06/2017 10:28

    Rekabentuk yang menarik

    Reply
  5. Malaysian on 27/06/2017 12:33

    Betul tu…
    Power window problem
    Cc rendah

    macam Exora Iriz Saga Persona Preve Suprima
    Handling the best in World
    AIR cond paling sejuk
    Banyak dah kereta luar negara kena rembat kat jalan raya Malaysia
    Baru betul kereta Malaysia

    POLIS PUN DAH PAKAI PREVE TIPTRONIC.
    menangis kereta lain

    IRIZ dan PESONA pun boleh rembat VOLVO

    MALAYSIA.. MALAYSIA
    KENAPA KELUARKAN KERETA YANG POWER DAN MURAH SAMPAI MEMALUKAN KERETA MAHAL DARI LUAR NEGARA.

    KESIAN DIORANG SEMUA…

    Reply
    • Ejoe on 27/12/2017 18:32

      Aku repair power window 4kali dalam setahun kini masih rosak lagi.. baru repair seminggu da rosak lagi.. benda yg sama kedai tukar main switch, cam mana la ni kan.

      Reply
      • Lyana on 04/02/2018 00:43

        Brand x elok kot yg ditukar tu. Saya pakai wira 2000. 2 Kali je tukar suis. Sampai sekarang masih OK dan selalu turun naik window sebb guna t&go. Saya pakai Nissan sentra 2008 juga. Dan masing2 ada kelebihan

        Reply
  6. husin lempoyang on 29/06/2017 12:56

    masalah power window??? adoi…dah berzaman dah tu. lagi pon SUV yg terbaru ni (bakal) bukan lah proton yg buat. belum keluar lagi dah buat spekulasi macam2. honda banyak masalah jugak, ford pun ade masalah jugak.

    mintak2 janganlah mahal sgt SUV baru ni

    Reply
  7. Zainal Abidin Bin Ibrahim on 01/07/2017 06:54

    Terus maju Proton nampak cantik dan kemas suv baru.Saya pengguna saga baru berpuas hati memandu saga lebih cekap ambil selekoh , mantap mendaki bukit dan perkasa melalui lebuh raya pantai timur.Berasa yakin dan Lancar laluan Karak Lipis, Raub Gua Musang,Jeli Grik. Keselesaan sangat baik daripada Vios dan penjimatan minyak lebih kurang sama. Saya berbangga dengan Proton semoga lebih berdaya saing dgn pengeluar dari Eropah dan Jepun.

    Reply
    • putraAhmad on 03/02/2018 19:20

      terbaik bro…!
      kita kena up engineer msia rata2 rakyat msia espesially bangsa kita…sampai bila kita nak agung2kn jenama luar sedangkn kita mampu setanding malah lebih baik…

      Reply
    • Lyana on 04/02/2018 00:37

      Vios terhegeh2. Kuasa pecutan dah hilang ke apa bila nak naik bukit terutamanya. Fade up ikut belakang. Wira saya masih gagah perkasa. Standard je x tukar apa2. Lepas tol litrak bleh pukul Volkswagen, BMW, Mercedes, Honda lagi.. Bangga…

      Reply
    • mior khairudin on 20/02/2018 19:54

      Oooo Proton OK tapi org yg bertanggungjawab macam rnd
      Tak boleh terima cadangan Dari org biasa macam kita….4 tahun dulu saya pernah propos proton guna sistem solar untuk menjana kipas penyejuk
      Tapi tak di layan……APA yg boleh di bangga jika proton guna teknologi luar

      Reply
  8. Nick on 03/07/2017 16:53

    Harga mungkin dalam rm68k hingga 90k

    Reply
  9. Rafie on 06/07/2017 11:54

    Ye la.. Saya guna exora dah 2 tahun, ok ape. Bapak lajunya. Setakat vios dgn city tu jauh kena tinggal. Naik bukit pun power. Saya bangga dgn proton

    Reply
  10. Mohd on 28/07/2017 00:03

    Minta pihak proton ubah signal ke sebelah kanan.yg sebelum INI dikiri…

    Reply
  11. Hjm on 31/10/2017 10:00

    My IRIZ is ☆☆☆☆☆

    Reply
  12. Kak Noor on 27/04/2018 12:10

    Gen 2 first model, Fius Box tak ada ganti kenapa…..? Kereta cantik, tapi fius box rosak….. Jangan lah gitu, buat produk tapi tak ada spare part.

    Reply
  13. NORFADILAH ABDUL MOSAMAD . on 13/06/2018 11:36

    Saya pengguna tegar Proton….x sabar nak tunggu SUV nie…kalau bukan rakyat Malaysia siapa lagi nak bangga dengan jenama KITA…

    Reply
  14. Abe D on 20/06/2018 08:51

    Enjin 1.8L Turbo mampu menghasilkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-5,500rpm), manakala Enjin 2.0L NA pula berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 – 4,500rpm

    Tgk engine dah sesuai dgn body.. CRV pun 1.5 TC shj.. moga direalisaikan utk semua…

    Reply
  15. hezrie mohamed on 25/06/2018 20:59

    proton bukan lg cikai selepas diambil alih geely.brg kualiti setanding wv,volvo

    Reply
  16. alex khoo on 31/07/2018 16:34

    terutama sekali adalah harga kereta, jikalau nak bersaing ,harga dalam 85K hingga 95K boleh lah kita banggakan dan dapat atasi SUV yang ada dinegara kita sekarang.
    tentang pertasi, sudah tentu kita boleh percayakan. .

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.