Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Model Sport EV Eksklusif, Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade Tayang di Genting Highlands
Roda4

Model Sport EV Eksklusif, Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade Tayang di Genting Highlands

SyafieBy Syafie17/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR dan penjual sah kenderaan Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mempamerkan kenderaan elektrik (EV) edisi istimewa, Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade secara eksklusif di Genting Highlands.

Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade dibawa satu unit sahaja dan juga Taycan kedua di Asia selepas Taycan Turbo K-Edition di Korea menerusi program Porsche Exclusive Manufaktur Sonderwunsch.

Malah, warna EV ini juga istimewa kerana dihasilkan daripada gabungan dua warna, Urban Bamboo dan Shifting Carbon yang mempunyai efek Chromaflair.

Fasa penyediaan dan pelaksanaan warna tersebut mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan kerana proses mengecat dilakukan eksklusif menggunakan kerja tangan dan mengambil masa 80 jam waktu bekerja.

Pigmen Chromaflair mempunyai percikan tipis yang kelihatan berubah warna mengikut cara bagaimana dilihat dari sudut berbeza.

Percikan tipis itu mempunyai ketebalan 1µm, terdiri daripada lapisan teras reflektif aluminium yang dikelilingi lapisan lut sinar. Sebagai perbandingan, rambut manusia adalah 50 kali ganda lebih tebal daripada serpihan berkenaan.

Tambahan kepada penggunaan warna Chromaflair ialah logo khas daripada ‘LongMa’ bermaksud ‘kepala naga’ (Long) dan ‘badan kuda’ (Ma) yang dikatakan boleh membawa tuah. Logo ini ada pada bahagian sil pintu, lampu projektor semua pintu, dan semua perehat kepala di kerusi.

Bahagian luaran dilengkapi kemasan karbon untuk menggantikan warna Turbonite pada bampar depan, skirting, cermn sisi, dan difuser belakang. Malah bilah udara pada roda juga menggunakan bahan sama untuk mendapatkan efek permukaan lebih berkilau.

Ruang kabin mempunyai opsyen tambahan ‘Leather to Sample’, iaitu warna Englishgreen. Ada 150 warna pilihan untuk opsyen ini bagi melengkapi 10 warna kulit dan 15 sulaman yang ditawarkan Porsche sebagai standard untuk Taycan.

Pakar dalaman dari Porsche Exclusive Manufaktur menggabungkan warna standard Slate Grey (kelabu) dengan warna Englishgreen (hijau) pada bahagian pintu, konsol tengah, termasuk kerusi depan dan belakang.

Berikut perincian Taycan Turbo S Celestial Jade:

  • Lampu depan dilengkapi teknologi matriks definisi tinggi (HD).
  • Logo Porsche pada jalur lampu belakang memaparkan rekaan kaca tiga dimensi (3D).
  • Ada fungsi baharu ‘Push-to-Pass’.
  • Motor elektrik baharu pada gandar belakang menjana kuasa lebih 80kW berbanding model terdahulu.
  • Berat 10.4kg, lebih ringan berbanding model lama.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 2.4 saat, iaitu 0.4 saat lebih pantas daripada model sebelumnya.
  • Kapasiti bateri lebih besar, 105kWj berbanding sebelum ini (93kWj).
  • Mampu menempuh jarak perjalanan sejauh 630k , berbanding sebelum ini (467km), mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Pengecasan pantas (DC) 320kW dengan masa mengecas 10-80 peratus selama 18 minit.
  • Menggunakan rim standard 20 inci.
  • Dilengkapi sistem Pengurusan Julat Pintar Porsche (PIRM).

  • Kerusi boleh laras 14-tetapan.
  • Ada mod pandu Drive Mode dan Power Steering Plus.
  • Lampu ambien.
  • Sistem Bantuan Parkir (PAS), termasuk kamera pandang sekeliling dan sokongan parkir aktif.
  • Sistem Kawalan Iklim 4-zon.
  • Sistem bunyi keliling BOSE.

Selepas Malaysia, EV ini akan dipamerkan di Thailand minggu depan bagi melengkapi siri jelajah di Asean sebelum bidaan dibuka kepada sesiapa yang berminat memiliki Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade.

Auto Terkini Edisi Istimewa Porsche Porsche Exclusive Manufaktur Sonderwunsch Porsche Malaysia Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.