Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Model EV Tempatan Kuasai Pasaran China, Jenama Jepun Hadapi Krisis Jualan
Auto Terkini

Model EV Tempatan Kuasai Pasaran China, Jenama Jepun Hadapi Krisis Jualan

ShawkathBy Shawkath05/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kenderaan jenama Jepun dilaporkan mengalami krisis jualan di China apabila pengeluar tempatan kenderaan elektrik (EV) di Negara Tembok Besar itu menguasai pasaran.

Data industri mendedahkan jumlah jualan kenderaan jenama Jepun di China jatuh 32 peratus pada suku pertama 2023 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Fenomena itu juga dikaitkan dengan dasar rancak Kerajaan China menggalakkan lebih ramai penduduk tempatan beralih kepada EV. Ini membuatkan pengeluar Jepun kini hanya menguasai 18 peratus jualan kenderaan baharu di China berbanding:

  • 20 peratus pada 2022
  • 22 peratus pada 2021
  • 24 peratus pada 2020

Ada beberapa pengeluar Jepun dilaporkan menerima impak besar. Laporan portal CarScoops dan Reuters menyatakan;

  • Mitsubishi baru-baru ini mengumumkan tindakan menggantung pengeluaran Outlander di China untuk tempoh tiga bulan.
  • Nissan mencatatkan penurunan 45.8 peratus jualan di China pada suku pertama 2023.
  • Honda susut 38.2 peratus dalam tempoh sama.
  • Jualan kenderaan Mazda jatuh 66.5 peratus.
  • Toyota dan Lexus mencatat penurunan jualan 14.5 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda, Toshihiro Mibe memberitahu Reuters, pesaing China mendahului jenama itu dengan memiliki beberapa teknologi perisian tertentu.

Secara am, kebanyakan pengeluar Jepun agak perlahan memperkenalkan model EV dan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) berbanding pengeluar China.

Dasar peralihan EV di China berlaku pada kadar pantas hingga menyaksikan Nissan Sylphy yang menjadi model jualan terbaik di China selama tiga tahun tewas kepada BYD Song, tahun lalu.

BACA >>> Sime Darby Serah 100 Unit Pertama BYD Atto 3 Kepada Pelanggan
BACA >>> Nissan Sylphy e-POWER Debut di China, Guna Petrol 3.9 Liter Sahaja untuk 100km!

Auto Terkini BYD Song China EV Kenderaan Elektrik (EV) kenderaan EV Pengeluar Automotif Jepun Roda4 Toshihiro Mibe
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.