• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Malaysia Tawar Bantuan Kepada Pemilik Terjejas Banjir

Mitsubishi Malaysia Tawar Bantuan Kepada Pemilik Terjejas Banjir

December 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) menawarkan program bantuan banjir kepada pemilik kenderaan jenama itu di Kuala Lumpur, Selangor, dan Pahang yang terjejas akibat banjir.

Wakil pengedar itu menawarkan beberapa jenis bantuan untuk kenderaan rosak disebabkan banjir yang berkuat kuasa semalam hingga 20 Januari 2022.

BACA >>> Perodua Tawar Bantuan Kepada Pemilik Jenama Itu yang Jadi Mangsa Banjir
BACA >>> Diskaun 15 Peratus Alat Ganti untuk Pemilik Subaru Terjejas Banjir

Berikut perincian program berkenaan:

  • Diskaun 30 peratus untuk alat ganti tulen Mitsubishi
  • Diskaun 50 peratus untuk caj buruh
  • Khidmat tunda percuma

Pelanggan yang mengalami kerosakan kenderaan akibat banjir boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Mitsubishi Assist 24Hrs (MA24) di talian 1-800-88-2166 untuk maklumat.

Pelanggan Mitsubishi yang menguruskan sendiri khidmat tunda tanpa bantuan MA24 dan tuntutan insurans pula layak menerima rebat hingga RM300.  Caranya, mereka perlu membuat laporan polis dan menunda kenderaan rosak ke Pusat Servis MMM terdekat.

Program bantuan banjir Mitsubishi ditawarkan kepada pemilik yang membeli kenderaan jenama itu menerusi pengedar rasmi MMM. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan 1-800-18-8161.

BACA >>> Proton Umum 3 Bantuan Banjir Untuk Semua Pemilik Kenderaan Jenama Itu yang Terjejas
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Mengesan Tanda-Tanda Pam Air Kereta Rosak?
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Air dalam Kereta Bekerja?

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Banjir 2021, Bantuan Banjir Mitsubishi, Mitsubishi Assist 24Hrs (MA24), Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Program Bantuan Banjir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my