Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Xpander Cecah 50,000 Unit! Kekal MPV Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia!
Auto Terkini

Mitsubishi Xpander Cecah 50,000 Unit! Kekal MPV Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia!

SyafieBy Syafie13/10/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

50,000 unit Mitsubishi Xpander terjual di Malaysia

MITSUBISHI Xpander terus membuktikan populariti di pasaran tempatan apabila mencatat lebih 50,000 unit jualan sejak pelancaran rasmi pada 2020.

Pencapaian itu mengekalkan kedudukan Mitsubishi Xpander sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional nombor satu di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut, bermula November 2020 hingga kini.

Terima Kasih Pelanggan Malaysia

Mitsubishi Xpander 2025 facelift
Mitsubishi Xpander 2025 facelift

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Takashi Sakamaki menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan atas kepercayaan berterusan terhadap jenama Mitsubishi.

Terima kasih kepada semua pelanggan kerana mempercayai kami. Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami untuk terus menghasilkan kenderaan yang memenuhi keperluan keluarga Malaysia.

“Lebih 50,000 pelanggan kini memilih Xpander sebagai teman perjalanan mereka, dan kami berjanji terus menyokong anda hari ini dan untuk tahun akan datang.”

Menurutnya, sambutan luar biasa terhadap Xpander menjadi simbol keyakinan pengguna terhadap jenama Mitsubishi, terutama ketika MMM menyambut ulang tahun ke-20, tahun ini.

Rekabentuk Serba Praktikal untuk Keluarga Moden

Mitsubishi Xpander 2025 facelift
Mitsubishi Xpander 2025 facelift

Direka khas untuk keluarga moden, Mitsubishi Xpander menggabungkan elemen praktikaliti, keluasan dan gaya kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dengan 7-kerusi fleksibel, ruang kabin luas dan rekabentuk lasak, Xpander terus menjadi penanda aras dalam segmen yang sesuai untuk pemanduan harian bandar atau percutian hujung minggu.

Kempen ‘Xpander Step Up To Your Dream’

Bagi meraikan kejayaan tersebut, MMM melancarkan kempen khas ‘Xpander Step Up To Your Dream’ yang menawarkan penjimatan hingga RM10,000 kepada pelanggan baharu.

Antara tawaran menarik adalah:

  • Ansuran bulanan serendah RM799
  • Subsidi insurans
  • Tawaran tukar beli (trade-in) untuk masa terhad

Perkhidmatan Selepas Jualan Dipertingkat

Mitsubishi Xpander 2025 facelift

MMM turut menekankan komitmen terhadap pengalaman pemilikan terbaik melalui perkhidmatan selepas jualan berkualiti tinggi dan pusat khidmat pelanggan menyeluruh.

Ketika ini, MMM mempunyai 63 bilik pameran (termasuk lapan Pusat 4S) dan 63 Pusat Servis seluruh negara.

Bagi pasaran Sabah dan Sarawak pula, terdapat 16 bilik pameran (masing-masing lapan setiap negeri), dan 30 Pusat Badan dan Cat (Body & Paint) di bandar utama.

Dengan prestasi jualan konsisten, Xpander bukan sekadar kenderaan keluarga, tetapi simbol kualiti, praktikaliti dan keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama Mitsubishi.

Auto Terkini Jualan Mitsubishi Xpander Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xpander Roda4
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.