Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

SyafieBy Syafie05/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) mencatat satu lagi pencapaian penting apabila Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu secara rasmi keluar dari barisan pengeluaran besar-besaran di Pekan, Pahang.

Seiring pengeluaran tempatan (CKD) tersebut, Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu akan membuka tempahan pada minggu sama, yang menandakan fasa seterusnya pengembangan produk Mitsubishi di pasaran Malaysia.

Pelaburan Baharu, Naik Taraf Kilang Pekan

Pengenalan Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu membuktikan komitmen berterusan MMM terhadap pengembangan barisan produk dan keupayaan pembuatan tempatan yang lebih maju.

Bagi menyokong pengeluaran model baharu itu, MMM sudah melaksanakan beberapa penambahbaikan utama di kilang Pekan, seperti:

  • Penubuhan Sub-Pemasangan Badan Kenderaan (Sub-Assembly Body Shop) baharu
  • Pemasangan peralatan canggih di bahagian pengecatan (painting), kelengkapan (outfitting), dan barisan ujian (tester line)
  • Penambahbaikan menyeluruh untuk memenuhi keperluan pengeluaran Mitsubishi Xforce

Langkah itu memastikan kilang Pekan kekal relevan sebagai hab pemasangan utama Mitsubishi di Malaysia.

Piawaian Pembuatan Jepun, Kualiti Global

Pengeluaran Mitsubishi Xforce 2026 di Pekan dilaksanakan sepenuhnya mengikut piawaian pengeluaran global Mitsubishi Motors, yang dibangunkan hasil pengalaman puluhan tahun falsafah pembuatan Jepun.

Setiap peringkat pengeluaran, daripada pemasangan badan, proses pengecatan hingga pemeriksaan akhir, dikawal:

  • Prosedur kerja berdisiplin
  • Kawalan kualit ketat
  • Pemeriksaan menyeluruh bagi menjamin kualiti binaan konsisten, ketahanan dan kebolehpercayaan jangka panjang

Kenyataan Rasmi Mitsubishi Motors Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Takashi Sakamaki berkata;

Pengeluaran besar-besaran Mitsubishi Xforce serba baharu mencerminkan penerapan falsafah pembuatan Jepun Mitsubishi Motors di kilang Pekan.

“Berteraskan ketepatan, disiplin proses dan penambahbaikan berterusan, piawaian ini memastikan setiap Xforce yang dihasilkan di sini memenuhi penanda aras kualiti yang sama seperti kenderaan Mitsubishi yang dikeluarkan di mana-mana saja di dunia.”

Beliau menegaskan, keutamaan MMM adalah menyerahkan kenderaan yang memenuhi standard global tertinggi Mitsubishi, sekali gus memberi keyakinan, kebolehpercayaan dan kebanggaan pemilikan kepada pelanggan sejak hari pertama.

Sasaran Penghantaran, Komitmen Jangka Panjang

MMM menyasarkan penghantaran 800 unit pertama Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu menjelang April 2026, selepas melalui proses pengesahan kualiti dan pemeriksaan kesiapsiagaan pengeluaran secara menyeluruh.

Pelancaran pengeluaran Mitsubishi Xforce 2026 dari Pekan mengukuhkan komitmen jangka panjang MMM terhadap pembuatan tempatan, selain menyokong visi menghasilkan kenderaan yang menawarkan prestasi pemanduan, kebolehpercayaan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan Malaysia.

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xforce Pemasangan Tempatan (CKD) SUV segmen-B
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

05/02/2026
Auto Terkini

Triumph Trident 660 dan Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar Untuk 2026, Kuasa Naik 14 PS

05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

05/02/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Singer Guna Khidmat Red Bull Advanced Technologies, Porsche Klasik Jadi Lebih Kuat!

05/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.