Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

SyafieBy Syafie08/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) hari ini rasmi memperkenalkan Mitsubishi Xforce 2026 menerusi satu majlis pra-pelancaran, pada harga bermula RM110,000, sekali gus menandakan kemasukan rasmi kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B itu ke pasaran tempatan.

Model itu ditawarkan dalam dua varian: Urban dan Ultimate, yang kedua-duanya menggunakan trenkuasa sama, tetapi dibezakan ciri, teknologi dan keselamatan.

Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia

Harga Mitsubishi Xforce 2026 Malaysia

  • Mitsubishi Xforce Urban – RM110,000
  • Mitsubishi Xforce Ultimate – RM120,000

Pelancaran rasmi dijangka berlangsung awal April 2026, tetapi Mitsubishi turut menyediakan tawaran eksklusif kepada 1,000 tempahan terawal.

Tawaran Pra-Pelancaran 1,000 Unit Terawal

Antara insentif menarik ditawarkan MMM kepada pelanggan awal ialah:

  • Rebat tunai RM5,000
    • Urban – RM105,000
    • Ultimate – RM115,000
  • Peluang menyertai peraduan beli satu percuma satu (percuma Xforce varian Ultimate)
  • Tambahan rebat RM1,000 untuk pemilik kenderaan Mitsubishi sedia ada
    • Urban – RM104,000
    • Ultimate – RM114,000

Enjin, Prestasi

Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia

Kedua-dua varian Mitsubishi Xforce 2026 dikuasakan:

  • Enjin aspirasi natural (NA) 1.5L 
  • Transmisi automatik CVT
  • Output kuasa 105hp, dan tork 141Nm

Trenkuasa itu ditala untuk memberi fokus kepada keselesaan pemanduan harian dan kecekapan bahan api, sesuai untuk kegunaan bandar dan perjalanan jarak jauh.

Perbezaan Varian: Urban vs Ultimate

Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia

Ciri Dalaman, Keselesaan

i. Xforce Urban

  • Unit infotainmen 8 inci skrin sentuh
  • Sokongan Android Auto danApple CarPlay berwayar
  • Kluster instrumen TFT 4.2 inci
  • Sistem penyaman udara dwi-zon + ventilasi lutut
  • Sistem audio dengan enam pembesar suara
  • Perakam video digital (DVR) depan
  • Papan pemuka hitam dengan kemasan lembut

ii. Xforce Ultimate

  • Unit infotainmen 12.3 inci skrin sentuh
  • Android Auto danApple CarPlay wayarles
  • Kluster instrumen digital 8 inci
  • Sistem penyaman udara dwi-zon dengan Nano eX
  • Sistem audio Yamaha Premiumdengan lapan pembesar suara
  • Pengecas wayarles
  • Lampu ambien LED biru
  • Mod pemanduan: Normal, Wet, Gravel, dan Mud
  • Pintu but kuasa dengan fungsi penendang (kick motion)
  • Cermin pandang belakang boleh malap automatik
  • Perakam video digital (DVR) depan dan belakang
  • Papan pemuka White Melange Weave dengan aksen Mocha

Ciri Keselamatan

i. Xforce Urban

  • 4 beg udara (depan dan sisi)
  • Amaran Titik Buta (BSW) dan Bantuan Tukar Lorong (LDA)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Kawalan Jelajah konvensional

ii. Xforce Ultimate

  • 6 beg udara (depan, sisi dan tirai)
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:
    • Bantuan Tukar Lorong (LDA)
    • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
    • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)

Luaran

Varian Ultimate tampil lebih menonjol dengan tambahan:

  • Lencana pada bonet
  • Spoiler belakang pintu but

Spesifikasi Umum Dikongsi

Antara ciri standard dikongsi kedua-dua varian ialah:

  • Rim aloi 18 inci
  • Brek parkir elektronik (EPB) dengan fungsi brek pegun (Auto Hold)
  • Kawalan Stabiliti Aktif (ASC)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Kerusi pemandu dan penumpang depan boleh laras manual
  • Kerusi belakang boleh laras 8-tetapan
  • Perehat tangan tengah dengan fungsi penyejukan
  • Wiper cermin depan dengan sensor hujan automatik
  • Sensor parkir depan dan belakang
  • Monitor sekeliling kenderaan (VSM)

Xforce Pencabar Baru SUV Subkompak

Pada harga bermula RM110,000, Mitsubishi Xforce 2026 tampil sebagai pencabar serius dalam segmen SUV subkompak, terutama dengan tawaran pra-pelancaran agresif dan ciri teknologi dan keselamatan menyeluruh, terutama untuk varian Ultimate.

Auto Terkini Kenderaan Utilisi Sukan (SUV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xforce 2026 Roda4 SUV segmen-B SUV subkompak
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.