Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Mitsubishi Triton – Trak Pikap Paling Versatil
Bikin Auto

Mitsubishi Triton – Trak Pikap Paling Versatil

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/05/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modifikasi_Mitsubishi_Triton_Pandulajudotcom_03

JARANG sekali kita melihat trak pikap dijadikan sebagai jentera pengubahsuaian di kalangan penggemar automotif. Apatah lagi kos pengubahsuaian yang agak tinggi berbanding kenderaan tempatan.

Untuk tampil kelainan, pemilik trak pikap Mitsubishi Triton yang mahu dikenali sebagai Wise Man telah menjadikan jenteranya menerima sentuhan khas untuk tampak lebih garang dan ganas.

Modifikasi_Mitsubishi_Triton_Pandulajudotcom_02PRESTASI:

Bermula dari aspek pretasi, jentera Turbo Diesel bersesaran 2.5L DOHC 4-silinder sebaris dirombak untuk menjadikan ia sebuah jentera yang miliki kelebihan jika dibandingkan dengan rakan sekelasnya lain.

Beberapa komponen enjin dirombak demi mendapatkan hamburan kuasa yang lebih. Komponen utama iaitu unit turbo yang asal diganti kepada kepada IHI F55V Billet Turbo Upgrade lengkap beserta paip stainless steel dan unit intercooler.

Modifikasi_Mitsubishi_Triton_Pandulajudotcom_09

Penapis udara pula didatangkan daripada jenama HKS stainless steel air filter. Lebih mencabar, beberapa komponen lain terpaksa ditempah khas termasuklah sistem ekzos.

Manakala kotak gear jentera itu turut diganti dengan menempatkan kotak gear manual 5-kelajuan. Dengan bantuan sistem klac dari jenama BRC Clutch Kit Full Racing, kuasa yang terhasil daripada talaan sistem komputer dari ECU Shop Monster Max.

Mutu kawalan pemanduan turut dipertingkatkan dengan pemilihan set absober Aztex Force yang dihasilkan dari Thailand. Tidak cukup dengan itu, pemasangan komponen sokongan seperti twin arm dari AC Power dan Double Shackle jenama JS telah mengukuhkan lagi kekuatan casis jentera ini sekaligus memberikan kepuasan yang maksima kepada pemandu.

Untuk cengkaman yang lebih lekat di permukaan jalanan , tayar Tayar Cooper Discoverer HT Plus berdurasi 285/60R/18 membaluti rim Cosmic Inner Line Series S1 & Tayar Cooper Discoverer HT Plus 285/60R/18.

Modifikasi_Mitsubishi_Triton_Pandulajudotcom_04LUARAN:

Melihat keseluruhan jentera ini buat pertama kali mampu membuatkan anda terliur. Dari jauh, anda sudah dapat melihat kelibat trak ini apabila ia dipadankan dengan warna hijau cerah.

Modifikasi_Mitsubishi_Triton_Pandulajudotcom_05

Antara penambahbaikan yang diterima pada bahagian luaran adalah bonet Monza, Akana, dan spoiler gentian karbon, Ralliart Deck Cover Series serta Custom Sunroof  dari Toyota Aristo.

Modifikasi_Mitsubishi_Triton_Pandulajudotcom_18DALAMAN:

Ruangan dalaman tidak banyak berubah. Ia masih mengekalkan keaslian sedia ada. Hanya beberapa komponen saja ditukar bagi menjadikan ia tampak menari.

Antaranya kerusi Recaro (Hadapan) dan SSCUS (Belakang), panel papan pemuka gentian karbon, Double Din JVC, sistem audio Mohawk Subwoofers dan Amplifier.

Apa komen anda? Lebih penting, jangan tak tidur malam pula dek terbayang wajah trak pikap ini!

Modifikasi_Mitsubishi_Triton_Pandulajudotcom_01

Teks W@zid              Foto Kenny Yeoh@eosguy

SPESIFIKASI:

Mitsubishi Triton 2.5L

ENJIN 4D56 DOHC 16V Common Rail Turbocharger Intercooler 2013
MODIFIKASI ENJIN IHI RHF4 F55V Billet Turbo Upgrade, Intercooler & Piping, HKS Stainless Steel Air filter, Denso Nozzle 947, Perfomance SCV (Thailand Custom), Synergy Radiator, Custom Exhaust System (Thailand).
TRANSMISI Manual 5-kelajuan, BRC Fully Racing Clutch.
ECU & ELEKTRONIK ECUshop Monster Max Management System, ECUshop Boost Speed, ECUshop SCV Controller, Autometer & Drift Boost Meter, M7 Japan Exhaust Temp Meter, Greddy Infotouch Meter, Defi Volt Meter, Pivot Baby Timer, Pivot Megaraizin Volt Stabilizer
CASIS Aztex Force Absober (Thailand), AC Power Twin Arm (Thailand), Js Double Shackle.
RODA Rim Cosmic Inner Line Series S1 & Tayar Cooper Discoverer HT Plus 285/60R/18
DALAMAN Kerusi Recaro (Hadapan) & SSCUS (Belakang), Panel papan pemuka gentian karbon,JVC Double Din, Mohawk Subwoofers & Amplifier
LUARAN Monza Carbon, Spoiler Akana gentian karbon, Ralliart Deck Cover Series, Custom Sunroof dari Toyota Aristo.
BENGKEL C&R Autocare Sdn Bhd, ECUShop Power Department Malaysia
PEMILIK Wise Man

Mitsubishi Triton Modifikasi Trak pikap Versatil
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: TRRC Daripada Twisted – Terjemahan Semula Range Rover Classic!

    17/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    06/03/2026
    Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

    04/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.