Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Triton 2025 Serba Baharu Lancar di Malaysia dalam Lima Varian, Harga Mula RM101k!
Roda4

Mitsubishi Triton 2025 Serba Baharu Lancar di Malaysia dalam Lima Varian, Harga Mula RM101k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) secara rasmi melancarkan trak pikap Mitsubishi Triton 2025 serba baharu ke pasaran tempatan selepas model itu membuat debut global di Bangkok, Thailand pada Julai tahun lalu.

Trak pikap generasi keenam itu itu hadir dalam lima varian pilihan dan harga seperti berikut:

  • Triton Athlete (varian perdana) – RM165,980
  • Triton AT Premium – RM145,980
  • Triton AT GL – RM116,980
  • Triton MT – RM114,980
  • Triton Single Cab (kabin tunggal) – RM101,980

Mitsubishi Triton 2025 versi dwi-kabin (double cab) didatangkan dalam dua baris tempat duduk yang menawarkan keselesaan seperti berada dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan kemudahan trak pikap. Varian Single Cab dilengkapi satu baris tempat duduk untuk kegunaan praktikal.

Triton Athlete
Triton Single Cab

HARGA

WARANTI PENGILANG

Mitsubishi Triton Athlete generasi terbaharu didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan jika membuat tempahan menjelang Disember 2024.

Varian lain pula diberikan waranti pengilang lima tahun atau jarak perbatuan 200,000km (mana satu tiba dulu).

TRENKUASA

Triton Athlete
Varian Triton lain

Model ini dijana enjin diesel baharu jenis 4N16 4-silinder 16-injap 2.4L DOHC Intercooled Turbocharged dengan sistem suntikan bahan api (FI) lebih bersih. Bagi pasaran Malaysia, MMM menawarkan enjin dengan dua output berbeza:

  • Triton Athlete: Kuasa 201hp @ 3,400rpm, dan tork 470Nm @ 1,500-2,750rpm
  • Varian lain (termasuk Single Cab): Output kuasa 181hp @ 3,400rpm, dan tork 430Nm @ 2,250-2,500rpm

Enjin Mitsubishi Triton Athlete dilengkapi sistem turbo dua tahap (dua unit turbo berbeza saiz) untuk keseimbangan prestasi dan penjimatan diesel. Varian Triton lian pula didatangkan dengan seunit turbo.

TRANSMISI

6-kelajuan automatik
6-kelajuan manual

Siri Triton generasi keenam ini ada dua pilihan transmisi mengikut varian, iaitu:

  • Automatik 6-kelajuan dengan mod Sport.
  • Manual 6-kelajuan yang direka untuk mengurangkan getaran enjin, dan meningkatkan keselesaan.

CASIS

Mitsubishi Triton 2025 Serba Baharu ini menggunakan casis ladder frame baharu dengan tambahan 65 peratus keluasan seksyen silang (cross-sectional) berbanding model terdahulu.

Casis baharu ini membantu mencapai 40 peratus ketegaran lentur, dan 60 peratus rigiditi kilas (torsional rigidity), manakala tambahan berat dikurangkan menerusi peningkatan nisbah penggunaan keluli tegangan tinggi.

SISTEM PACUAN 4WD

Super Select 4WD-II
Easy Select 4WD Single Cab
  • Sistem pacuan empat roda (4WD) membolehkan pemandu menggunakan tombol untuk menukar terus kepada mod 4WD ketika memandu.
  • Varian Athlete menggunakan sistem Super Select 4WD-II, manakala varian lain dilengkapi Easy Select 4WD.
  • Sistem Super Select 4WD-II untuk Athlete, menawarkan empat mod pilihan:
    • 2H (pacuan roda belakang, RWD) – mod Eco
    • 4H (4WD sepenuh masa) – mod Gravel dan Snow
    • 4HLc (diferensial tengah dikunci, LCD) – mod Mud dan Sand
    • 4LLc (LCD dengan gear rendah) -mod Rock
  • Selain mod Normal, Athlete ada enam mod pandu (seperti di atas) untuk Super Select 4WD-II yang mana model lama cuma ada empat mod.
  • Athlete juga dilengkapi ciri Kawalan Yaw Aktif (AYC) bagi menambah baik prestasi dan kestabilan ketika membelok.
  • Varian lain dengan Easy Select 4WD pula memiliki opsyen 2H, 4H dan 4L (untuk pemanduan gear rendah).

MITSUBISHI MOTORS SAFETY SENSING (MMSS)

Varian tertentu Triton generasi keenam ini dilengkapi pakej sistem keselamatan komprehensif seperti:

  • Sistem Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Titik Buta dengan Bantuan Tukar Lorong
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)

Semua varian dilengkapi ciri Stabiliti Aktif dan Kawalan Traksi (Active Stability & Traction Control, ASTC). Ciri lain diberikan ialah Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Bantuan Mula Daki (HSA).

KONSEP REKABENTUK BEAST MODE

  • Fasia depan menggabungkan konsep Dynamic Shield yang mengetengahkan imej prestasi bertenaga dan fiil perlindungan lebih meyakinkan.
  • Ini dipadankan gril tiga dimensi (3D), fender dan pelindung dengan lampu siang (DRL) LED kini dalam gaya tiga jalur bentuk L yang melengkapi lampu utama 3D. Lampu belakang pula bentuk T.
  • Sisi badan bertema horizontal dengan panel fende tajam yang memberikan profil tampak lebih lebar, stabil dan tegap.
  • Kehadiran spoiler menambah baik faktor aerodinamik dengan hendal pintu kini lebih tahan lama dan besar supaya lebih mudah dipegang.
  • Pemijak sisi kini lebih lebar dengan menambah baik salur keluar air.
  • Ruang kabin banyak menggunakan rekaan geometri dengan elemen metalik bagi menyerlahkan visual moden.
  • Konsol tengah dilengkapi dua tempat letak cawan besar dan kotak konsol.
  • Kluster instrumen dan konsol tengah dilengkapi port USB Type-A dan Type-C untuk mengecas peranti pintar. Ada juga pengecas wayarles di bawah-tengah papan pemuka.

TEMPAH AWAL DAPAT HADIAH

MMM menawarkan kotak simpanan (boleh lipat) eksklusif 60 liter bernilai RM450 sebagai hadiah tempahan awal, dan terhad kepada 500 pelanggan pertama yang menempah Triton menerusi Mitsubishi Online Showroom.

Mitsubishi Triton Athlete 2025
Mitsubishi Triton AT Premium
Mitsubishi Triton AT GL
Mitsubishi Triton MT GL
Mitsubishi Triton Single Cab 2025
Auto Terkini Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Triton (2025) Serba Baharu Mitsubishi Triton 2024 Serba Baharu Roda4 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.