Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Triton 2023 Raih 5-Bintang Asean NCAP, Masuk Malaysia 2024?
Auto Terkini

Mitsubishi Triton 2023 Raih 5-Bintang Asean NCAP, Masuk Malaysia 2024?

Abang HirataBy Abang Hirata19/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA pendapat anda tentang Mitsubishi Triton 2023 baharu? Masing-masing ada pendapat berbeza. Dari segi rekabentuk, gril depan tampil menonjol berbanding model lama.

Bahagian lain tidak jauh beza yang membawakan gaya Triton. Apapun, trak pikap ini khabarnya bakal memasuki pasaran tempatan pada 2024. Jadi lebih adil menilainya di depan mata. Selain rekabentuk, perkara penting dalam membuat penilaian adalah ciri keselamatan.

Semua pengeluar boleh mendakwa kereta mereka selamat, tetapi pengesahan badan bebas lebih penting. Keputusan penilaian Asean NCAP sudahpun keluar dan Triton 2023 meraih skor 5-bintang.

Unit diuji pula adalah varian double cab dengan 3-beg udara yang dikeluarkan di Thailand untuk pasaran negara itu dan Filipina. Berikut keputusan mengikut bahagian:

Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP)

  • Impak depan: 13.07/16.00
  • Impak sisi: 8.00/8.00
  • Teknologi perlindungan kepala: 4.94/8.00
  • Skor: 26.01/32
  • Nisbah skor keseluruhan: 32.52/40 peratus

Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP)

  • Depan: 16.00/16.00
  • Sisi: 8.00/8.00
  • Pemasangan: 11.72/12.00
  • Berasaskan kenderaan: 9.00/13.00
  • Skor: 44.72/51
  • Nisbah skor keseluruhan: 17.54/20 peratus

Bantuan Keselamatan

  • Pembrekan dan pengelakan berkesan (EBA): 6.00/6.00
  • Peringatan Tali Keledar (SBR): 3.93/6.00
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB): 1.54/2.50 (bandar), 2.16/3.50 (antara bandar)
  • Teknologi Bantuan Pemandu Termaju (ADAS): 1.53/3.00
  • Skor: 15.16/21
  • Nisbah skor keseluruhan: 14.44/20 peratus

Keselamatan Penunggang Motosikal

  • Pengesan Titik Buta (BSD/BSV): 4.94/8.00
  • Visualisasi Belakang Termaju (ARV): -/4.00
  • Lampu suluh tinggi automatik (AHB): 1.24/2.00
  • Perlindungan pejalan kaki: 2.00/2.00
  • Teknologi keselamatan penunggang motosikal termaju: -/2.00
  • Skor: 8.18/16.00
  • Nisbah skor keseluruhan: 10.22/20 peratus

Skor Keseluruhan Asean NCAP: 5 Bintang, 74.71/100 Peratus

Selain 3-beg udara, semua varian Mitsubishi Triton 2023 dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), dan Sistem Peringatan Tali Keledar untuk pemandu dan penumpang sisi.

Ciri dan teknologi lain seperti 7-beg udara, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan sebagainya ditawarkan sebagai standard, atau bergantung varian dipilih.

Badan Triton menggunakan teknologi struktur RISE yang menyerap tenaga dan meminimumkan perubahan bentuk kabin ketika kemalangan.

Mitsubishi Triton 2023
ASEAN NCAP Auto Terkini Mitsubishi Mitsubishi Triton Mitsubishi Triton (2023) Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

    16/03/2026
    Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
    Auto Terkini

    Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

    16/03/2026
    Aksesori

    Mforce Oil Sintetik Penuh 4T Dilancar Semula, Dikuasakan Teknologi PETRONAS

    16/03/2026
    MRT Laluan Putrajaya
    Auto Terkini

    MOT Cadang Hukuman Lebih Berat Terhadap Pencuri Kabel Pengangkutan Rel

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.