Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Mitos atau Fakta? Isi Minyak ketika Enjin Dihidupkan Tidak Bahaya?
Autotainment

Mitos atau Fakta? Isi Minyak ketika Enjin Dihidupkan Tidak Bahaya?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/01/20204 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA muncul mitos automotif, tetap ada sedikit sebanyak kebenaran di sebaliknya. Begitu juga mitos (atau fakta?) ini. Benarkah mengisi minyak ketika enjin dihidupkan menyebabkan bahaya?

Ada banyak rancangan televisyen yang membuktikan ketidakbenaran mitos ini. Masih terbayang wajah Richard Hammond dalam rancangan Brainiac beberapa tahun lalu apabila dia menyumbat banyak telefon bimbit dalam sebuah karavan yang diisi tong untuk melihat sendiri adakah telefon bimbit tersebut menghasilkan cukup percikan untuk menyalakan petrol. Namun kebakaran tidak berlaku.

Hammond akhirnya memutuskan meletupkan karavan tersebut untuk kesan dramatik, tetapi tetap bukan telefon bimbit sebagai punca letupan. Ia disebabkan elektrik statik yang dijana pakaian nilon. Saksikan video di bawah ini:

Benar, ada tanda amaran tentang penggunaan telefon bimbit ketika mengisi minyak, tetapi masalahnya, telefon bimbit tidak direka untuk menghasilkan percikan (spark) walaupun anda perlu merosakkan semua tenaga yang disimpan dalam telefon pintar dicas penuh. Kebarangkalian berlaku percikan ialah satu per lima juta!

Dalam semua rekod kes kebakaran stesen minyak, elektrik statik secara am ialah punca kebakaran dan tiada kena mengena dengan telefon bimbit. Segalanya berpunca daripada pakaian anda atau kerosakan pada terminal bumi pada pam minyak itu seperti ditayangkan video Brainiac, tetapi ia insiden yang amat jarang berlaku.

BACA >>> #ApaNakBuat: Aduh, Aku Tersalah Isi Minyak Kereta!

TIADA BUKTI TEKNIKAL

Menurut Persatuan Telekomunikasi Mobil Australia (AMTA), tiada asas teknikal yang dapat menghalang penggunaan telefon bimbit di stesen petrol atau melabelkan ia sebagai berbahaya.

AMTA turut memetik beberapa sumber untuk mempertahankan dakwaan tersebut, seperti Shell Oil UK yang sudah mengkaji potensi risiko tersebut pada 1991 dan mendapati telefon bimbit yang digunakan dengan betul ialah tidak berbahaya. Tanpa ragu-ragu lagi, selain tabiat merokok atau menyalakan mancis di stesen minyak, perkara yang menyebabkan bahaya terbesar di stesen minyak ialah kenderaan itu sendiri!

Jadi, tanda amaran supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika mengisi minyak ialah untuk pengguna menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang dibuat (isi minyak) pada masa itu, dan itu memang nasihat yang bagus. Jadi mitos sudah dibongkar?

BACA >>> Mitos dan Fakta Tayar Nitrogen Kini Dibongkar

ISI MINYAK KETIKA ENJIN HIDUP TIDAK BAHAYA?

Nanti dulu, bagaimana pula mengisi minyak ketika enjin kenderaan masih dihidupkan?

Wap petrol (vapour) hanya akan terbakar dalam julat tipis, iaitu 2-8 peratus kandungan udara. Jika kurang 2 peratus, wap petrol tidak cukup untuk terbakar, dan jika lebih 8 peratus pula, oksigen pula tidak cukup untuk bergabung dengan wap petrol. Jadi sekali lagi, tiada pembakaran berlaku.

Tetapi, apabila enjin sedang hidup, ada beberapa item yang menghasilkan percikan, seperti palam pencucuh dan itu jadi satu-satunya masalah jika penebat rosak. Boleh jadi juga disebabkan motor penghidup tetapi komponen itu tersimpan jauh dalam ruang enjin yang mana oksigen dan wap petrol tidak dapat sampai dalam konsentrasi campuran tepat.

Dan jangan lupa ketika mengisi minyak, ada pemandu lain di belakang dan sebelah, tetapi tiada juga kebakaran berlaku. Begitu juga kenderaan lain yang sedang keluar dan masuk ke stesen minyak.  Apapun, kita harus ingat stesen minyak  perlu mematuhi peraturan keselamatan.

Stesen minyak perlu dilengkapi peranti perangkap untuk tangki simpanan dan pam minyak yang bertujuan menghentikan wap petrol memasuki atmosfera dan menyebabkan pencemaran, termasuk membantu memastikan wap petrol di stesen di bawah tahap konsentrasi yang boleh mencetuskan kebakaran.

BACA >>> 7 Mitos Kereta Sport Yang Ramai Orang Anggap Betul, Tetapi Salah

AMALAN BAIK DIAMALKAN

Apapun, tindakan mematikan enjin ketika mengisi minyak tetap praktis baik yang boleh diamalkan, sama seperti tidak menggunakan telefon bimbit. Maknanya, tiada orang yang akan mencuri kereta (atau anak) ketika anda sedang menuju ke kaunter untuk membayar duit minyak.

Di beberapa negara panas, termasuk Malaysia, peraturan ini kerap diabaikan kerana pengguna biasanya akan meninggalkan kereta (terutama bas ekspres) dengan penyaman udara terpasang supaya penumpang di dalam tidak kepanasan. Jadi adakah mengisi minyak ketika enjin dihidupkan mampu menyebabkan kebakaran?

Jawapan ringkasnya tidak sama sekali. 🙂

BACA >>> 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar

auta autotainment Brainiac fakta mitos Persatuan Telekomunikasi Mobil Australia (AMTA) Richard Hammond Roda4 tip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.