Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MIROS: Syarat Wajib Brek ABS Dijangka Beri Kesan Kos Motosikal Tapi…
Auto Terkini

MIROS: Syarat Wajib Brek ABS Dijangka Beri Kesan Kos Motosikal Tapi…

ShawkathBy Shawkath06/09/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EMPAT hari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) diwajibkan untuk semua motosikal baharu 150cc ke atas yang dijual bermula 1 Januari 2025.

Timbul satu persoalan, adakah keputusan mewajibkan ABS sebagai ciri standard itu membawa kepada kenaikan harga jualan motosikal?

Jawapannya, YA. Namun, kenaikan harga jualan motosikal itu digambarkan sebagai KECIL atau tidak begitu membebankan pengguna.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam kenyataan memberi penjelasan mengenai kesan tambahan kos yang didorong keputusan mewajibkan pengeluar motosikal memasang ABS pada motosikal atas 150cc.

Berikut kenyataan MIROS;

Dari segi kos, pemasangan wajib ABS dijangka memberi impak MINIMUM. Trend global menunjukkan harga komponen ABS semakin stabil, terutama peningkatan pengeluaran besar-besaran pengeluar motosikal peringkat antarabangsa.

“Skala pengeluaran lebih besar ini dijangka terus menurunkan kos komponen ABS, menjadikan teknologi ini lebih mampu milik.

“Dengan ini, penunggang motosikal di Malaysia dapat memiliki motosikal yang lebih selamat tanpa kenaikan kos ketara, sekali gus menyumbang kepada peningkatan keselamatan jalan raya secara keseluruhan.”

INI SEBAB MENGAPA BREK ABS DIPERLUKAN?

MIROS dalam kenyataan sama menyatakan beberapa kepentingan pelaksanaan wajib brek ABS untuk motosikal baharu 150cc ke atas, iaitu:

  • ABS berfungsi mencegah roda terkunci ketika penunggang membrek kecemasan, sekali gus membantu mengekalkan kestabilan motosikal.
  • Malaysia kini seiring negara lain seperti Kesatuan Eropah (EU), Jepun, India, dan Thailand dalam mewajibkan pemasangan ABS pada motosikal.
  • Bukti komitmen Malaysia terhadap standard keselamatan jalan raya global.
  • Sebahagian inisiatif digariskan dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030.
  • Kajian membuktikan motosikal dengan ABS mampu memberikan jarak membrek lebih pendek, dan prestasi brek lebih efisien.
  • Dapat membantu mengurangkan risiko perlanggaran dan kematian melibatkan penunggang motosikal.
  • Penunggang motosikal Malaysia merangkumi 65 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian akibat nahas jalan raya.
  • Statistik polis mendedahkan 93 peratus penunggang yang terlibat dalam kemalangan maut dan parah adalah motosikal bawah 250cc.
  • Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pemasangan ABS pada motosikal mampu mengurangkan kadar kematian jalan raya hingga 31 peratus.
  • Laporan Majlis Keselamatan Pengangkutan Eropah (European Transport Safety Council, ETSC) menunjukkan kematian penunggang motosikal di Eropah berkurangan dalam purata 2 peratus setahun sepanjang 10 tahun terakhir dan sebahagian punca adalah pemasangan wajib ABS.
  • Pengeluar motosikal memberikan respons positif terhadap langkah mewajibkan pemasangan ABS.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Shawkath

Artikel Berkaitan

Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

24/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Auto Terkini

KM 18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

24/02/2026
Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.