Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MIROS Sediakan Konsep Had Laju 30kmj Sekitar KL untuk DBKL
Auto Terkini

MIROS Sediakan Konsep Had Laju 30kmj Sekitar KL untuk DBKL

WahidBy Wahid23/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


INSTITUT Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan memberikan beberapa cadangan untuk konsep mengehadkan halaju kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Konsep itu dibuat susulan cadangan MIROS dan DBKL untuk mengehadkan halaju kenderaan kepada 30kmj di 50 kawasan sekitar ibu kota dan 30 kawasan lain.

BACA >>> DBKL Tambah Laluan Coklat untuk Bas GoKL, Tambang Percuma!

Ketua Pengarah MIROS, Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, cadangan konsep itu adalah bagi menilai kesesuaian pelaksanaan had laju berkenaan, yang juga menjadi sebahagian kempen ‘Street for Life’ di bawah Minggu Keselamatan Jalan Raya Global PBB ke-6 (UNGRSW).

Beliau berkata;

MIROS perlu menilai kesesuaian sama ada perkara ini boleh dilaksanakan. Kita akan bawa cadangan ini kepada Kementerian Pengangkutan, sebelum dikemukakan kepada DBKL.

“Cadangan konsep ini memfokuskan kepada mengkaji kebolehlaksanaan, kawasan yang terbabit dan kesesuaiannya. Banyak perkara yang perlu diambil kira.

“Jika DBKL menerima cadangan konsep itu, kita akan membuat kajian bersama yang lebih menyeluruh, mungkin membabitkan agensi Kerajaan lain dan saya jangka, ia akan mengambil masa.”

Menyebut mengenai perkara, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan akan memanggil beberapa pihak bagi membincangkan perkara itu.

Kita tahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga usulkan agar kita dapat turunkan had laju.”

Namun, beliau tahu inisiatif tersebut akan mendapat reaksi bercampur daripada pelbagai pihak. Justeru kajian menyeluruh harus dibuat terlebih dahulu.

Semnetera itu, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua, berkata pengurangan had laju sememangnya antara cara meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, tetapi pelbagai aspek perlu diambil kira.

Beliau berkata;

Kita bukan hanya bercakap mengenai pengurangan had laju tetapi juga korelasi pengurusan dan kawalan had laju. Aspek ini kadangkala kita terlepas pandang.

“Saya setuju jika peraturan itu dilaksanakan di tempat tertentu seperti di kawasan sekolah dan hospital yang banyak di kawasan bandar, tetapi jika tempat itu tidak sesuai untuk pengurangan had laju, akan timbul pula masalah lain.”

Dr Law, yang juga ahli gabungan MIROS, berpendapat pengehadan halaju di tempat tidak betul akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Selain itu mesti terdapat pemandu ingkar kepada peraturan baharu, sekali gus membahayakan pengguna lain.

BACA >>> Had Laju 30-50kmj di Zon Terpilih KL Tidak Lama Lagi!
BACA >>> MIROS: Tidak Pakai Tali Keledar Bakal Kena Demerit, Lesen Boleh Ditarik

Auto Terkini DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) MIROS
Wahid

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.