Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MIROS Bangunkan Prototaip Sistem Kesan, Amaran Kanak-Kanak Terperangkap dalam Kereta
Auto Terkini

MIROS Bangunkan Prototaip Sistem Kesan, Amaran Kanak-Kanak Terperangkap dalam Kereta

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize04/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INSTITUT Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) membangunkan prototaip sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan, dinamakan ‘MyCINTA’ atau MIROS Children in Vehicle Tracking and Alerting System.

Sistem berkenaan dibangunkan dengan keupayaan mengesan kehadiran kanak-kanak dalam kenderaan yang dimatikan enjin dengan menggunakan sensor pergerakan, dan bunyi dan kemudian memberikan makluman secara automatik kepada pemandu atau pengguna sistem, dan individu kecemasan melalui panggilan telefon dan penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS).

Kandungan SMS itu akan menyatakan koordinat lokasi kenderaan yang dihubungkan terus kepada aplikasi pengemudian seperti Google Maps bagi memastikan kanak-kanak terperangkap segera ditemuin dan diselamatkan.

Sistem MyCINTA itu juga akan mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasan pertama dengan menurunkan tingkap kenderaan secara automatik ke suatu aras tertentu untuk memastikan ada aliran udara.

Selain itu, lampu amaran bahaya kenderaan (hazards light) akan diaktifkan automatik untuk menarik perhatian orang awam di sekeliling kenderaan.

Bagi meningkatkan kebarangkalian dan kepantasan bantuan kecemasan diberikan kepada kanak-kanak terperangkap, hon kenderaan dan amaran visual dalam bentuk teks seperti ‘BAHAYA’ atau ‘HELP’ melalui paparan lampu LED (modul matriks bintik LED) pada cermin kenderaan akan diaktifkan automatik.

Melalui ujian makmal dan aplikasi sistem pada kenderaan dalam persekitaran operasi sebenar, inovasi MyCINTA menunjukkan kesahihan fungsi dan ketekalan pengoperasian tinggi.

Sistem tersebut juga berupaya menjejak dan menghantar maklumat lokasi melalui SMS dengan capaian ke aplikasi Google Maps dengan berkesan dan tepat selain berupaya menghasilkan nilai bacaan sensor tepat dan konsisten.

Secara keseluruhan, sistem MyCINTA didapati berupaya berfungsi dalam tempoh kritikal lima minit pertama untuk mengurangkan risiko kecederaan serius terhadap kanak-kanak akibat strok haba.

Misalnya, mekanisme tindak balas kecemasan pertama sistem MyCINTA berupaya menurunkan cermin tingkap ke paras selamat dalam masa 45 saat selepas pengaktifan sistem dengan keseluruhan masa aktif tiga minit.

Inovasi MyCINTA juga dinilai melalui sesi demonstrasi fungsi sistem dan penilaian menggunakan kriteria penilaian Technology Readiness Levels (TRL) dan mencapai tahap kesediaan teknologi TRL Aras 7, iaitu tahap prototaip sistem diuji dalam persekitaran operasi sebenar.

Kemampuan replikasi sistem MyCINTA juga diuji melalui pembangunan dua prototaip kapasiti sama dan diuji kefungsian melalui ujian makmal. Selain itu, soal selidik kajian kebolehpasaran juga mendapati potensi pemasaran MyCINTA atau sistem seumpamanya adalah sangat tinggi.

Pemangku Ketua Pengarah MIROS, Ir Azhar Hamzah berbesar hati mengumumkan pembangunan prototaip sistem MyCINTA berpotensi besar membantu menyelamatkan nyawa dalam kes kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.

Kami sangat berharap pemain industri dan pemegang taruh lain dapat menyokong kami dalam usaha membawa inovasi MyCINTA ke peringkat seterusnya,” katanya.

Ketua projek MyCINTA, Mohd Khairul Alhapiz Ibrahim berkata, kajian mendapati kes kanak- kanak terperangkap dalam kenderaan boleh berlaku kepada sesiapa saja (pemandu kenderaan), tanpa mengira faktor demografi atau sosiologi tertentu.

Punca terjadi kes sebegini agak kompleks dan banyak dipengaruhi faktor manusia. Untuk itu, pembangunan sistem MyCINTA menggunakan pendekatan ‘Design Thinking’ berasaskan empati terhadap pengguna sasaran melalui analisis data relevan untuk menentukan spesifikasi dan meningkatkan keberkesanan fungsi sistem,” katanya.

Maklumat lanjut dan laporan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sistem MyCINTA boleh diakses di pautan ini.

BACA >>> Skandal Daihatsu: MIROS Mahu Nilai Semula Perodua Axia (2023)
BACA >>> Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing

Auto Terkini Institup Kajian Jalan Raya Malaysia (MIROS) Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta MIROS MIROS Children in Vehicle Tracking and Alerting System MyCinta
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.