Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI Countryman S Fiery Stallion Edition Sempena Tahun Kuda, Terhad 18 Unit Sahaja!
Roda4

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition Sempena Tahun Kuda, Terhad 18 Unit Sahaja!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

MINI Malaysia menyambut Tahun Kuda dalam kalendar Cina dengan memperkenalkan model edisi khas, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition.

Dijual 18 unit sahaja di pasaran tempatan pada harga RM260,888, model edisi istimewa itu direka untuk meraikan simbol kuasa, kebebasan dan pergerakan ke depan yang sinonim dengan zodiak Kuda dalam budaya Cina.

Edisi Terhad dengan Sentuhan Simbolik

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition
MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, kuda sejak sekian lama melambangkan kekuatan, kebebasan dan momentum, iaitu nilai yang seiring semangat MINI.

Jadi, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition menzahirkan karakter tersebut menerusi rekabentuk kontemporari yang ekspresif, sekali gus menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih peribadi dan eksklusif.

Rekabentuk Luaran Berani, Eksklusif

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition
MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

Sebagai model edisi terhad, setiap unit dibangunkan khas untuk pelanggan MINI yang menghargai keaslian, keyakinan dan gaya tersendiri dalam setiap perjalanan, tanpa mengorbankan praktikaliti harian sebuah Countryman.

Dari luaran, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition menampilkan kemasan visual yang diilhamkan daripada dunia permotoran.

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition
MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

Bumbung eksklusif Vibrant Silver menghasilkan kontras sofistikated dengan warna badan, sekali gus menyerlahkan penampilan lebih agresif dan moden.

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

Elemen paling mencuri tumpuan ialah pelekat siluet ‘Kuda Api’ pada sisi pintu yang menyerupai nyalaan api sedang berlari, melambangkan tenaga dan pergerakan.

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition
MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

Lencana khas ‘kuda jantan’ pada gril depan pula menjadi identiti utama edisi tersebut, manakala pelekat penutup tangki petrol berbentuk ladam kuda di belakang menambah elemen simbolik tuah dan kekuatan.

Kabin Sarat Identiti ‘Fiery Stallion’

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

Bahagian dalaman MINI Countryman S Fiery Stallion Edition meneruskan tema eksklusif menerusi perincian yang menyambut pemandu sebaik saja melangkah masuk.

Pelapik sil pintu tertera teks ‘Fiery Stallion Edition’ dengan nombor siri 1/18, merujuk kepada angka tuah ‘118’ yang membawa makna kemakmuran dan permulaan baharu.

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition
MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

Turut melengkapkan pengalaman pemilikan ialah kunci khas dengan ukiran siluet kuda berapi yang memberi maksud, setiap perjalanan bersama edisi ini bermula daripada sesuatu istimewa dan bermakna.

Perlindungan, Sokongan Pemilikan MINI

Pembelian MINI Countryman S Fiery Stallion Edition dipakejkan bersama program Bantuan Tepi Jalan MINI Malaysia selama lima tahun.

Program itu merangkumi bantuan kecemasan 24 jam, perkhidmatan tunda percuma, kenderaan ganti, penginapan dan sokongan mobiliti lain jika berlaku situasi kecemasan.

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition
MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

Pemilik juga menikmati waranti standard dua tahun, dengan pilihan waranti lanjutan dan pakej servis untuk ketenangan fikiran jangka panjang.

Selain itu, MINI turut menawarkan kemudahan Servis Dalam Talian MINI, yang membolehkan pelanggan membuat janji temu servis dengan pengedar sah pilihan secara terus melalui platform digital.

Pengalaman Pemilikan Premium

MINI Countryman S Fiery Stallion Edition

Melalui inisiatif Relax. We Care., MINI Malaysia menetapkan penanda aras baharu dalam pengalaman pemilikan kenderaan premium.

Pendekatan menyeluruh itu merangkumi Komitmen Servis MINI, MINI Proactive Care dan MINI ConnectedDrive, yang membolehkan pemantauan kenderaan masa nyata dan kemas kini perisian tanpa wayar.

Dengan gabungan rekabentuk eksklusif, nilai simbolik dan sokongan pemilikan komprehensif, MINI Countryman S Fiery Stallion Edition bukan sekadar sebuah model edisi khas, tetapi pernyataan gaya hidup untuk pemilik yang berani menonjolkan keperibadian di jalanan.

Auto Terkini Kalendar Cina Mini MINI Countryman S MINI Countryman S Fiery Stallion Edition Mini Malaysia MINI SUV Sambutan Tahun Baru Cina SUV TERKINI SUV Terkini Malaysia
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.