Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Michelin Pilot Sport Experience 2016: Pengalaman Seumur Hidup Yang Tidak Dapat Dilupakan
Auto Terkini

Michelin Pilot Sport Experience 2016: Pengalaman Seumur Hidup Yang Tidak Dapat Dilupakan

Abang GYLBy Abang GYL05/09/20161 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BAGAIKAN tidak percaya! Itulah perasaan saya apabila menerima undangan daripada Michelin Malaysia untuk menyertai acara Michelin Pilot Sport Experience 2016 (MPSE 2016) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini.

Pengalaman memandu sendiri jentera Formula 4 (F4) di SIC memberi seribu satu kenangan manis memandangkan peluang sebegini hanya hadir sekali seumur hidup. Awalnya, saya agak gusar tidak dapat memandu jentera F4 ini memandangkan sosok tubuh bersaiz king. Sehinggalah saya duduk, bagaikan tidak percaya badan saya dapat muat atas kerusi kereta lumba itu dan bersedia membelah angin sepanjang trek SIC.

Walaupun ada suara sinis mendakwa kereta lumba F4 tidak sesuai untuk mereka yang berbadan gempal, tetapi saya ialah bukti terbaik bagi menyangkal dakwaan tersebut.

Michelin Pilot Sport Experience 2016 ACARA TAHUNAN

Sebagai makluman, MPSE ialah acara tahunan yang dianjurkan sejak 2006. Diam tidak diam sudah 10 tahun Michelin anjurkan acara ini. Tujuannya hanya satu, memberikan pengalaman berharga kepada orang ramai memandu atas trek lumba selain merasai kehebatan tayar Michelin.

MPSE 2016 berlangsung selama 25 hari membabitkan jemputan lebih 600 peserta, termasuk lima pemenang bertuah peraduan MPSE, pengedar, peminat sukan permotoran dan wakil media terpilih.

Selain F4, semua peserta turut berpeluang memandu jentera touring dan rali. Paling penting, dapat merasai sendiri pengalaman berada dalam kereta lumba Formula Le Mans dua tempat duduk dan Lamborghini GT3 2014.

Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016

1. UJIAN SLALOM

Sebelum meningkatkan adrenalin pemanduan berprestasi tinggi, saya bersama rakan media lain diberi peluang memandu Audi A6 Quattro untuk menguji tayar Michelin Pilot Sport 4.

Biarpun masih belum dilancarkan di pasaran Asia, ujian slalom ini membolehkan kami merasai perbezaan antara tayar lumba Michelin Pilot Sport 4 dan pesaingnya. Hasilnya, tayar baharu Michelin memberikan tindak balas baik sama ada ketika membrek ataupun meredah trek basah.

Michelin Pilot Sport Experience 2016 2. Formula 4

Menggunakan enjin Renault 4-silinder bersesaran 1.6L, inilah jentera yang dinanti-nanti semua peserta. Apa tidaknya, ini pengalaman seumur hidup bagi setiap peserta untuk memandu jentera lumba F4 atas litar. Walaupun tidak memiliki sebarang ciri keselamatan, kehadiran tayar Michelin Racing mampu memberikan kestabilan dan cengkaman baik walaupun dipandu pada kelajuan tinggi.

Dengan kuasa setinggi 160hp dan tork 163Nm, jentera ini mampu memecut hingga 210kmj tanpa sebarang masalah.

Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016

3. Renault Clio IV

Seterusnya, kami diberikan model touring, Renault Clio IV dengan konfigurasi pemanduan sebelah kiri (left hand drive – LHD). Sejujurnya, ini kali pertama saya memandu kenderaan LHD. Sepantas saya menekan pedal, sepantas itu juga adrenalin saya meledak. Peluang beraksi di litar tidak patut saya sia-siakan. Sambil ditemani tenaga pengajar, jentera ini mampu memecut hingga 170kmj dengan mudah.

Michelin Pilot Sport Experience 2016 4. RALI

Bukan saja di litar, kami turut berpeluang memandu jentera rali Citroen DS3 R1. Menerusi penggunaan tayar Michelin Rally, pengalaman memandu kereta rali sebenar nyata sempurna. Setiap selekoh atau permukaan jalan berpasir mampu diredah dengan mudah. Itulah kehebatan tayar Michelin.

Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016

5. PECUTAN 250KMJ

Sebelum tamat, semua peserta berpeluang menaiki kereta lumba Formula Le Mans dengan dua tempat duduk dan model Lamborghini 2014 GT3 di samping pelumba profesional. Perasaanya bagaikan jantung mahu terkeluar apabila saya kini sudah berada dalam jentera lumba sebenar. Sambil melihat meter yang berada pada kelajuan 250kmj, memang sah ini pengalaman manis paling tidak dapat dilupakan.

Michelin Pilot Sport Experience 2016 PENGALAMAN BERHARGA

Sejujurnya, inilah pengalaman paling berharga yang saya peroleh sepanjang berkecimpung dalam media permotoran sejak enam tahun lalu. Peluang diberikan Michelin Malaysia amat saya hargai. Tidak salah saya katakan Michelin sememangnya antara jenama tayar terbaik di dunia yang disegani ramai.

Walaupun masih ada persepsi yang mendakwa tayar Michelin mahal, saya berpendapat produk jenama ini berbaloi dibeli memandangkan ia dipadankan pelbagai teknologi terkini yang menawarkan ciri keselamatan. Tidak percaya tayar Michelin ada keselamatan tinggi? Saya syorkan, anda cuba dahulu guna tayar Michelin atau bertanya kepada mereka yang pernah menggunakan jenama ini.

Orang kata, belum cuba belum tahu. Sudah cuba mahu lagi. Ingat, nyawa anda lebih penting! Pastikan anda memilih tayar berkualiti dan selamat.

Terima kasih Michelin Malaysia!

GALERI

Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Michelin Pilot Sport Experience 2016
Litar Antarabangsa Sepang Michelin Malaysia Michelin Pilot Sport 4 Michelin Pilot Sport Experience 2016 SIC Tayar tayar michelin
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Kenderaan terbiar Shah Alam
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang kuasa PBT adalah terhad kecuali.. – KPKT

27/02/2026
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.