Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8
Auto Terkini

MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

Abang HirataBy Abang Hirata11/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MG melancarkan SUV 7 tempat duduk MGS9 PHEV serba baharu di United Kingdom (UK). Model ini dikenali sebagai Roewe RX9 di China dan telah diperkenalkan pada Ogos 2022.

Manakala di Australia, model ini dilancarkan sebagai MG QS pada Mei 2025 dengan enjin 2.0 liter turbo.

Kini, MGS9 PHEV memasuki pasaran UK sebagai pesaing baharu yang kompetitif dalam sektor SUV saiz besar. Sebagai rujukan, saingan MGS9 merangkumi Kia Sorento dan Chery Tiggo 8 dengan trenkuasa PHEV.

SUV ini menawarkan gabungan kos pengendalian rendah serta ruang dalaman serba boleh dengan harga atas jalan bermula dari £34,205 (RM179,884) sehingga £36,945 (RM194,293).

Ruang Kabin Luas dan Serba Boleh

Dengan ukuran lebih panjang dan tinggi berbanding MG HS, MGS9 PHEV tampil di atas jalan raya dengan lebih menyerlah serta fleksibiliti baris ketiga untuk memenuhi keperluan keluarga moden.

Apabila tempat duduk baris ketiga dilipat, ia menawarkan lebih daripada 1,000 liter ruang untuk bagasi, haiwan peliharaan, kereta sorong bayi atau keperluan harian lain.

Walaupun dengan kesemua tujuh tempat duduk digunakan, masih terdapat ruang kargo sebanyak 332 liter yang tersedia.

Bagi memastikan keselesaan setiap penumpang, MG menawarkan pakej yang lengkap. Ini termasuk balutan kulit sintetik, bumbung suria panoramik yang besar, sistem penyaman udara tiga zon, serta fungsi pemanas, pengudaraan dan juga urutan pada kerusi.

Trenkuasa PHEV 

Menggunakan teknologi hibrid plug-in MG yang terbukti daripada model MG HS (bukan versi Malaysia), MGS9 PHEV menggabungkan:

  • Enjin petrol 1.5 liter turbo.
  • Bateri berkapasiti 24.7 kWj.
  • Jarak elektrik sehingga 99 km.

Jarak pemanduan elektrik ini adalah lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan perjalanan ulang-alik atau tugasan harian keluarga.

Keselamatan 

Keselamatan menjadi keutamaan bagi setiap model MG dan MGS9 PHEV telah pun dianugerahkan penarafan tertinggi 5 bintang daripada Euro NCAP.

Pencapaian ini adalah hasil penggunaan meluas keluli berkekuatan tinggi dan integrasi sehingga 16 teknologi bantuan pemandu.

Ketersediaan Pasaran

MGS9 PHEV kini sudah sedia untuk ditempah sebelum perincian spesifikasi penuh diumumkan lewat bulan ini bersempena ketibaan unit pertama di bilik pameran MG di seluruh UK.

Selain UK, model ini dengan rekabentuk menarik dan pakej tujuh tempat duduk mempunyai potensi sekiranya dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Pakej tujuh tempat duduk juga bermakna MGS9 PHEV tidak bersaing terus dengan Proton e.MAS 7 PHEV.

Spesifikasi Ringkas MGS9 PHEV UK 2026

  • Enjin: 1.5 liter turbo petrol PHEV
  • Bateri: 24.7 kWj
  • Jarak Elektrik: Sehingga 99 km
  • Ruang But: 332 liter atau melebihi 1,000 liter (baris ketiga dilipat)
  • Penarafan Keselamatan: 5 bintang Euro NCAP
  • Harga: £34,205 (RM179,884) hingga £36,945 (RM194,293)
MG MGS9 MGS9 PHEV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 401K
  • Instagram 194K
  • YouTube 593K
  • TikTok 1000K
  • Threads 46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.