Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#AutoShanghai2025: MG Motor Bakal Lancar 17 Model Baharu dalam Tiga Tahun!
Auto Terkini

#AutoShanghai2025: MG Motor Bakal Lancar 17 Model Baharu dalam Tiga Tahun!

Han OthmanBy Han Othman10/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor, jenama global milik gergasi automotif China, SAIC Motor mengumumkan pelan agresif untuk melancarkan 17 model baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang membabitkan pelbagai jenis trenkuasa seperti enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid, hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan elektrik (EV) penuh.

Pengumuman itu dibuat sempena acara pameran motor Auto Shanghai 2025, yang menandakan komitmen SAIC untuk terus melebarkan sayap ke seluruh dunia menerusi strategi produk menyeluruh.

17 Model Baharu MG – dari Kereta Bandar ke SUV Saiz Penuh!

MG Motor bakal perkenal 17 model baharu

SAIC Motor mendedahkan, pelancaran 17 model baharu itu membabitkan:

  • Tujuh (7) kenderaan utiliti sukan (SUV)
  • Tujuh (7) kereta penumpang
  • Dua (2) trak pikap
  • Satu (1) kenderaan pelbagai guna (MPV)

Model-model itu bakal menembusi semua segmen daripada kereta bandar segmen-A hingga model saiz penuh dalam semua jenis trenkuasa utama sepeti:

  • ICE (enjin pembakaran dalaman)
  • HEV (hibrid biasa)
  • PHEV (hibrid plug-in)
  • BEV (kenderaan elektrik penuh)

Strategi trenkuasa menyeluruh itu agak luar biasa bagi pengeluar China yang kebiasaannya lebih menumpukan kepada EV dan PHEV sahaja.

Kenapa Semua Trenkuasa? MG Fokus Pasaran Global

Presiden SAIC Motor, Gerald Jia Jianxu mengakui pembeli di China kini lebih cenderung kepada EV dan PHEV. Namun sebagai jenama global, MG memilih menawarkan pelbagai pilihan trenkuasa bagi menyesuaikan diri dengan kehendak pelbagai pasaran antarabangsa.

MG Motor mahu menawarkan fleksibiliti maksimum kepada pengguna.

Sasaran Kecekapan MG: Lebih Jauh, Lebih Jimat

MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu

MG Motor turut mendedahkan sasaran prestasi bagi trenkuasa akan datang:

  • HEV: Penggunaan bahan api bawah 4 liter per 100km (>25km per liter)
  • PHEV: Jarak pemanduan elektrik lebih 200km, dengan jarak keseluruhan lebih 2,000km
  • EV Penuh: Jarak pemanduan hingga 1,000km

Bagi EV jarak jauh itu, MG merancang pengeluaran besar-besaran bateri pepejal (solid-state) menjelang 2027 dengan menawarkan:

  • Kepadatan tenaga tinggi lebih 400Wh/kg
  • Elektrolit pepejal yang lebih selamat dan efisien
  • Anod logam litium yang lebih berkuasa, dan lebih tahan lama

Model Menarik dalam Perancangan MG

MG Motor bakal perkenal 17 model baharu

Antara model dikenal pasti dalam pelan pelancaran itu adalah:

  • MG S6 EV – versi lebih besar dan mewah daripada MG S5 EV
  • MG P9 – trak pikap berkuasa
  • EV hatchback 4 meter – lebih pendek daripada MG4
  • SUV 7-kerusi – HEV dengan pacuan empat roda (4WD)
  • MG6 baharu – ditawarkan dalam tiga versi: hatchback/crossover, sedan dan wagon. Dijangka menjadi model segmen-D global.

Nota: Model-model itu tidak dipamerkan di reruai MG sempena Auto Shanghai 2025, sebaliknya menampilkan bintang utama, model konsep futuristik MG Cyber X SUV.

Pelaburan R&D Besar-Besaran

MG Motor bakal perkenal 17 model baharu

Bagi merealisasikan sasaran teknologi tinggi, SAIC Motor melabur kira-kira 20 bilion yuan (~RM12 bilion) setahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menunjukkan komitmen MG Motor dalam memperkukuh kedudukan jenama itu sebagai peneraju inovasi automotif global.

MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu
MG Motor bakal perkenal 17 model baharu

 

Auto Shanghai 2025 Auto Terkini MG MG Motor Pameran Auto Saic Motor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

10/04/2026
Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

10/04/2026
Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

09/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.