PENGEDAR motosikal tempatan, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan program Mforce.Cas, iaitu inisiatif baharu yang menawarkan rebat sehingga RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik (EV) terpilih untuk rakyat Malaysia.
Program itu diperkenalkan sebagai langkah menggalakkan penggunaan mobiliti hijau, selain membantu pengguna menghadapi ketidaktentuan harga bahan api yang memberi kesan kepada kos perjalanan harian.
Dengan motosikal EV, pengguna dapat menikmati kos operasi lebih rendah, lebih senyap dan lebih mesra alam.
Rebat Hingga RM2,400, Terbuka kepada Semua
Mforce memaklumkan, program itu terbuka kepada semua golongan masyarakat, yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada pilihan pengangkutan lebih ekonomik dan lestari.
Inisiatif tersebut dijangka memberi manfaat besar, terutama pengguna yang menggunakan motosikal untuk perjalanan jarak dekat dan rutin harian.
Tempoh Program Mforce.Cas
Program Mforce.Cas berlangsung 1 April – 30 Jun 2026, dan orang ramai disarankan mengambil peluang tersebut sementara stok masih ada bagi menikmati rebat ditawarkan.
Sesuai Mobiliti Harian
Motosikal EV di bawah program berkenaan sesuai digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti:
- Ke tempat kerja
- Ke sekolah atau institusi pengajian
- Urusan harian di kawasan sekitar
- Perjalanan dalam bandar
Selain menjimatkan kos, pengalaman tunggangan juga lebih lancar dan senyap berbanding motosikal konvensional.
Model Lulus JPJ, Ada VTA
Semua motosikal EV yang ditawarkan di bawah program Mforce.Cas mendapat pengesaha Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ini bermakna setiap model EV Mforce:
- Patuh piawaian keselamatan dan teknikal
- Layak didaftarkan untuk kegunaan jalan raya Malaysia
- Beri keyakinan dari segi kualiti dan keselamatan
Lebih Jimat, Kurang Selenggara
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, motosikal EV kini menjadi pilihan lebih relevan kerana:
- Kos tenaga lebih rendah berbanding petrol
- Penyelenggaraan minimum kerana kurang komponen mekanikal
- Tidak terkesan secara langsung dengan turun naik harga bahan api
- Operasi lebih senyap dan mesra alam
Program itu secara langsung menyokong usaha mengurangkan emisi karbon dan meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan teknologi EV dua roda.
Jenama Terlibat
Pengguna boleh menikmati rebat bagi pembelian model motosikal EV daripada jenama di bawah rangkaian Mforce seperti:
- Ezi
- Zeeho
- Yadea
- QJMotor
Semua jenama itu menawarkan teknologi moden dan kecekapan tenagayang tinggi.
Cara Mohon Mforce.Cas
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi, dengan proses mudah dan percuma.
Langkah permohonan adalah seperti berikut:
- Layari laman rasmi mforcecas.my
- Daftar akaun menggunakan e-mel sah
- Sahkan akaun menerusi pautan verifikasi
- Lengkapkan maklumat peribadi
- Tunggu kelulusan dalam tempoh 24 jam
- Terima kod QR sebagai bukti kelulusan
- Gunakan kod QR di pengedar sah untuk pembelian
Komitmen Mforce Terhadap Mobiliti Hijau
Mforce menegaskan komitmen syarikat untuk:
- Sedia solusi mobiliti mampu milik
- Galak penggunaan teknologi EV
- Sokong pengurangan emisi karbon
- Perkasa kesedaran mobiliti hijau
Secara keseluruhan, program Mforce.Cas dilihat sebagai langkah tepat pada masa untuk mempercepat penggunaan motosikal EV di Malaysia, terutama ketika kos bahan api terus menjadi kebimbangan pengguna.
Maklumat lanjut dan permohonan, boleh layari laman web mforcecas.my























