Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MForce Bike Lancar Empat Model Baharu Jenama Cyclone, Harga Mula RM12.8k!
Roda2

MForce Bike Lancar Empat Model Baharu Jenama Cyclone, Harga Mula RM12.8k!

ShawkathBy Shawkath06/03/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) melancarkan empat model motosikal, termasuk skuter yang akan ditawarkan ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat, dan setiap satu dalam segmen berbeza pada harga menarik.

Produk itu dilancarkan di majlis makan malam MForce Dealer’s Education Tour 2025 sempena lawatan media ke fasiliti pengeluar asal Cyclone, iaitu Zonsen di Chongqing, barat daya China.

MForce Bike sebelum ini sudah memperkenalkan Cyclone menerusi pelancaran cubcross MK125 Classic, RX600 dan Skuter RT2E di Malaysia Autoshow 2024.

Berikut empat model Cyclone yang bakal memasuki pasaran Malaysia:

CYCLONE RX650

  • Harga jualan belum didedahkan, dijangka diumumkan di Malaysia tidak lama lagi.
  • Trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 649.6cc DOHC 8-injap penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 69.7hp @ 8,500rpm, dan tork 62Nm @ 7,000rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Kelajuan maksimum dikatakan mampu mencecah 180-200kmj.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock sebelah (belakang, kanan).
  • Sistem brek cakera kembar (depan) dan cakera tunggal (belakang) serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar saiz 120/70 (depan), dan 160/60 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,195mm, lebar 820mm, dan tinggi 1,395mm, manakala jarak roda 1,450mm.
  • Tinggi pelana 820mm, jarak tinggi bumi 160mm, dan berat 240kg.
  • Kapasiti tangki petrol 20 liter.
  • Dilengkapi sistem anjakan pantas QuickShifter, kamera pemuka (dashcam), ciri Kawalan Jelajah, Bantuan Tukar Lorong (LKA) dan visor angin depan boleh laras elektrik serta Indikator Titik Buta (BSI).

CYCLONE RA600

  • Cruiser ini bakal dijual pada harga serendah RM25,888.
  • Dijana trenkuasa petrol 4-lejang dwi-silinder sebaris 550.4cc DOHC 8-injap penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 58.3hp @ 8,500rpm dan tork 55Nm @ 6,500rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac sliper dan pacuan tali sawat.
  • Rim aloi 16 inci dengan tayar 130/90 di depan, dan 150/80 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran berserta Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Dimensi panjang 2,190mm, lebar 855mm dan tinggi 1,115mm, manakala jarak roda 1,510mm.
  • Tinggi pelana 725mm, dan berat 205kg.
  • Kapasiti tangki petrol 14.5 liter.

CYCLONE RE600

  • Motosikal kategori streetbike pada harga RM25,888.
  • Trenkuasa sama seperti RA600, iaitu 4-lejang dwi-silinder sebaris 550.4cc DOHC 8-injap penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 58.3hp @ 8,500rpm, dan tork 55Nm @ 6,500rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac sliper dan pacuan rantai.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 di depan, dan 160/60 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Dimensi panjang 2,025mm, lebar 800mm dan tinggi 1,165mm, manakala jarak roda 1,460mm.
  • Tinggi pelana 800mm, jarak tinggi bumi 155mm, dan berat 204kg.
  • Kapasiti tangki petrol 20 liter.

CYCLONE RT3E

  • Skuter moden gaya klasik ini diperkenalkan pada harga RM12,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 247cc DOHC 4-injap penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 26.15hp @ 8,500rpm dan tork 24.5Nm @ 6,500rpm.
  • Sistem transmisi automatik CVT.
  • Menggunakan rim aloi 12 inci dengan tayar 120/70 di depan, dan 130/70 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,050mm, lebar 770mm, tinggi 1,145mm, manakala jarak roda 1,410mm
  • Tinggi pelana 750mm, jarak tinggi bumi 120mm, dan berat 162kg.
  • Kapasiti tangki petrol 10 liter.
CYCLONE RX650
CYCLONE RA600
CYCLONE RE600
CYCLONE RT3E
Cyclone Mforce MForce Bike roda2
Shawkath

Artikel Berkaitan

Hanway BOB250 bakal lancar hujung Februari 2026
Roda2

Hanway BOB250 Bakal Lancar Februari 2026, Harga Anggaran Bawah RM19,000

31/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

30/01/2026
Roda2

Honda Monkey 125 2026 Eropah Dengan Pilihan Warna Baharu

28/01/2026
Auto Terkini

Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition, 800 Untuk Dunia, Masuk ke Malaysia?

27/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.